2 Jul 2015

Kaedah Penghasilan Varieti Baru Pokok Tin - Penghasilan Varieti Hybrid

Oleh Tuan   ~

Varieti Sequoia (Sumber Gambar)
Ini ialah sejenis varieti dari kumpulan Common Fig, buah besar dan sedap dimakan. Buah di gambar diatas dilaporkan lebih 130 g

Teknik penghasilan hibrid

Kaedah kacukan terkawal ialah kaedah yang biasa digunakan dalam penghasilan varieti baru.   Teknik ini melibatkan kacukan terkawal dua baka induk (varieti yang berlainan) dalam usaha untuk menghasilkan keturunannya mempunyai sifat yang baik dari dua varieti induk yang dipilih.  Sebagai contoh, varieti A yang mempunyai hasil dan produktivi yang tinggi (buah besar dan rajin berbuah) dikacukkan dengan varieti B yang mempunyai kualiti buah yang baik (seperti buah yang manis, tahan penyimpanan) dengan harapan keturunannya mempunyai sifat yang baik dari kedua baka induk tadi.  Keturunan dari generasi pertama (hibrid) akan dinilai dari segi prestasinya.  Titisan (breeding lines) yang mempunyai sifat yang dikehendaki kemudian dibiak secara vegetatif sebagai varieti baru.

Teknik ini banyak digunakan dalam pembiakan tanaman hiasan, sayuran dan juga tanaman buahan.  Beberapa varieti durian telah dihasilkan oleh MARDI dengan menggunakan teknik ini.

Disini saya ingin berkongsi proses penghasilan varieti pokok tin Sequoia dengan mengggunakan teknik ini.

Proses penghasilan varieti Sequoia

Projek penghasilan varieti ini telah bermula pada tahun 1992 disebuah pekan di Fresno County, California, Amerika Syarikat. Kacukan dibuat antara varieti komersial Teena sebagai induk betina (sumber biji) dan D3-11 satu varieti Caprifig sebagai induk jantan (sumber pollen). Varieti D2-11 ini ialah varieti proprietari (tidak dipaten).

Langkah-langkap proses kacukan terkawal adalah seperti berikut:

1.  Sebelum bunga pokok Tena sedia menerima pollen, ianya terlebih dahulu dibungkus dengan kain jarang (muslim cloth) bagi memastikan tiada serangga yang boleh membawa pollen yang tidak diperlukan mendebunga (pollinate) bunga tersebut

2.  Apabila pokok bunga daripada Tena sudah bersedia untuk dilakukan pendebungaan, kurungan bunga dibuka dan pendebungaan telah dilakukan secara manual dengan pollen dari D3-11. Bunga kemudian dibungkus kembali sehingga buahnya matang.

3.  Biji-biji hibrid (biji dari generasi pertama) yang terhasil kemudian ditanam didalam bekas kecil pada tahun 1993 dan kemudian ditanam diladang.  Hasil daripada kacukan ini, sebanyak 353 pokok telah ditanam diladang.  Penilaian hasil dan kualiti bagi anak hybrid ini telah dibuat buat selama beberapa tahun dan pada 1998, satu hybrid Common Fig yang didapati berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi dan sedap dimakan untuk pasaran segar telah dikenalpasti. Titisan (breeding line) ini telah ditag untuk penilaian yang selanjutnya.

3.  Pembiakan bahan tanaman varieti ini telah mula dibuat pada tahun 2001 dengan membuat cantuman mata tunas pada pokok tin yang sedia ada diladang tersebut.  Penilaian hasil dengan lebih luas telah dibuat pada tahun 2002 sehingga 2006 dan didapati sifat pertumbuhan, hasil dan kualiti buah adalah sama dengan apa yang dihasilkan dari anak benih.  Line berkenaan telah diberi nama SEQUOIA dan disyorkan untuk penanaman kemorsial sebagai varieti hibrid baru.  Dibawah ialah sifat utama varieti tersebut.

About the variety

The new ‘Sequoia’ fig variety is a high quality, medium to large size, yellow-green skinned fig of the “common” type, developed for use in the fresh market fig industry. The ‘Sequoia’ tree is of medium vigor and size and is a regular and productive bearer, developing both a Breba and second crop in most years. The ‘Sequoia’ has a tight ostiole that substantially restricts the entry of most insects into the interior of the fig fruit. In comparison with the ‘Tena’ parent cultivar, the ‘Sequoia’ is substantially larger in size and has a more prolific Breba crop. The larger size of the ‘Sequoia’ allows it be harvested later into the fall when the decreased size of other cultivars such as ‘Tena’ precludes their use in the fresh market.


Reference :  http://www.google.com/patents/USPP20038



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter