10 Jul 2015

Cara Membuat Baja Semburan Pemanis Buah

Oleh Tuan   ~

Mengikut Ahmad Fadlan, baja semburan ini boleh meningkatkan kemanisan buah seperti mangga, tembikai dan sebagainya.  Boleh cuba pada pokok tanaman anda termasuk pokok tin.  Tak cuba tak tahu...

Bahan

1. Sediakan bekas air plastik 10 liter yang berisi air tanpa klorin sebanyak 8 liter (boleh guna air telaga, air hujan atau air sungai yang tidak tercemar).

2. Gula merah 500 gram 

3.  Setengah ketul ragi

Cara membuat

1. Masak gula merah dengan sedikit air sehingga cair dan dinginkan.

2. Potong 2 ragi (guna separuh) bancuhan ini.

3. Ambil sebelah potongan ragi. Hancurkan dan masukkan kedalam botol/bekas.

4. Tuang gula merah cair tadi kedalam botol.

5 Tutup rapat.

6. Labelkan tarikh membuat

7. Peram / simpan ditempat gelap dan tidak terkena cahaya mentari.


Air tanpa klorin, gula
merah & ragi


Gula merah yan dimasak


Ragi dibelah dua


Ragi dihancurkan


Ragi dicampur dengan 
gula merah


Tutup rapat & simpan 
ditempat teduh


Label tarikh di proses

Cara penggunaannya

Sembur awal pagi dan lewat petang. Sembur keseluruhan pokok termasuk pangkalnya. Guna dari peringkat pembungaan sehingga berbuah. Sembur selang seminggu. Lebih kerap lebih manis buahnya nanti.  Air bancuhan baja ini boleh juga terus dituang kepangkal pokok.

Catatan

1.  Semasa pemeraman perhatikan bekas. Jika mengembung bukakan penutup perlahan-lahan untuk melepaskan gas yang terhasil. 

2.  Selepas seminggu sudah boleh digunakan.Lebih dari sebulan adalah lebih baik.Guna sebanyak 25-50 ml untuk 10 liter air.

Rujukan



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter