8 Jul 2015

Apa Kata Fig Malaysia Berkenaan Dengan Baja & Pembajaan..

Oleh Tuan   ~

Pertumbuhan pokok yang subur


Apa pendapat Fig Malaysia berkenaan baja & pembajaan........

Sebenar benarnya semua baja, baik organik, baja kompos, NPK, segala macam semburan foliar adalah baik, tidak kira apa jenama fertigasi A/B, Bio Feed, Bio Jadi, Chitosan(foliar), Baja Ajaib dan berbagai nama lain, sebab produk tersebut telah dirumus khas untuk pembesaran dan pembuahan. Cuma perbezaan diantara produk itu adalah kandungan bahan "trace element" atau sukatan element lain yang berbeda seperti NPK atau humic acid, Fulvic acid, Calsium dan sebagainya. Rata rata semua baja dapat memberi kesan yang baik pada pokok.

Pemasalahan

Masalah sebenara adalah cara pengunaan nya tidak menepati keperluan pokok itu sendiri.  Sebagai contoh ada orang berkata 'saya membaja selalu tapi pokok masih tak membesar dan terbantut' ada juga mengeluh berkata sipulan pulan punya pokok yang sama umur dengan pokok saya sudah meninggi 6-7 kaki tapi pokok saya 1-2 setengah kaki sahaja.
Kalau saya nak perinci kan masaalah pembajaan ini mungkin mengambil masa yang cukup panjang, jadi saya kira ini adalah mukadimah dalam pengunaan baja.

Perkara penting dalam proses pembajaan

1. Mungkin ramai orang mempunyai tatacara tersendiri dalam pembajaan dan jikalau kesannya baik dan mantap harus lah diteruskan pendekatan atau aturan sebab ia mungkin sesuai dan mesra kepada pokok anda

2. Bagi yang belum berjaya dalam pembajaan, pertama sekali mestilah memeriksa atau mengenalpasti medium tanah yang digunakan, sebab adakala tanah dah masam letak baja apa pun tak memberi kesan.

3. Merawat tanah dulu baru buat pembajaan, selagi tanah masam dan "chemical clog" (bila dah di baja beberapa kali dan disebabkan ruang tanaman kecil atau dalam pasu maka element element baja itu akan tersumbat padat)

4. Cuba melerai kan semua element baja baja lama tadi, ada yang mengunakan amino acid, humic asid, kapor pertanian, dolomite dan berbagai cara bolih meneutralsasi kan tanah

5. Bila medium tak segar akar akar pokok akan menjadi 'dormant' dan akar tidak boleh meyerap nutrisi nutrisi baja sebab hujung akar menjadi hitam serta tidak mampu untuk membentuk akar baru

6. Apabila tanah segar mula kan semula pembajaan secara berkala atau berjadual, mengikut keperluan pokok

7. Sistem pembajaan yang kami gunakan mengikut sistem tanaman, secara terbuka atau di bawah rumah pelindung hujan. Sebab kedua dua sistem memerlukan cara pembajaan berlainan.

In Shaa Allah akan ber sambung ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter