20 Jul 2015

7 Tip Pemberian Baja Foliar (Baja Semburan) Untuk Tanaman

Oleh Tuan   ~

Seperti yang kita telah sedia maklum dalam kelas pertanian dan pembacaan yang kita telah buat, akar rerambut (root hairs) ialah organ utama pengambilan nutrien yang diperlukan oleh tanaman.  Zat nutrien yang terdapat ditanah dan air kemudian dihantar ke bahagian lain tanaman menerusi xylem.  Sehubungan itu baja diberi pada media tanaman.  Selaian daripada itu, sumber nutrien untuk keperluan tanaman boleh juga diberikan secara foliar.

Semburan baja foliar

Baja foliar (semburan)

Semburan baja foliar merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk memberi nutrien kepada pokok kerana daun mampu menyerap nutrien menerusi stomata dan epidermis sel daun. Kulit batang pokok juga mampu mengambil semburan nutrien yang diberi. Pembajaan foliar pada umumnya diberi bagi menyelesaikan masalah kekurangan zat nutrien tertentu dengan segera kerana pengambilan nutrien oleh sistem tanaman adalah jauh lebih cepat.

Jenis baja semburan

Bahan foliar pada asasnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu jenis bukan organik dan bahan organik. Sifat-sifat baja semburan tersebut adalah seperti berikut

1.  Baja foliar bukan organik - Kebanyakkan baja foliar yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah larutan pekat yang mengandungi sumber nitrogen (N), potassium (K) dan fosforus (P) bergred tinggi, larut sepenuhnya dan tersedia untuk diambil oleh pokok.  Selain daripada N, P dan K sebagai bahan asas, ianya juga diadunkan dengan elemen surih (trace elements) dalam bentuk chelates serta bahan lain seperti asid humik, vitamins dan hormon pertumbuhan.

2. Baja foliar organik - Baja foliar jenis organik ada pelbagai jenis.  Campuran bahan nutrien daripada sumber laut adalah antara jenis foliar yang sangat berkesan untuk pertumbuhan kerana ianya mengandungi hampir kesemua elemen surih (trace elements) yang diperlukan oleh pokok dalam bentuk mudah resap. Bahan-bahan lain ialah baja yang berasaskan chitosan (oligochitosan), ikan dan baja oganik lain dibangunkan dengan menggunakan EM (effectif micro organism) yang berssesuaian.

Tip pemberian baja foliar

Bagi memastikan pengambilannya nutrien pada tahap optimum (tanpa pembaziran sumber baja) tapi kesan yang baik, beberapa panduan harus diikuti. Bersama ini saya ingin berkongsi beberapa tip yang harus diberi perhatian semasa memberi baja semburan foliar untuk tanaman anda.

1.  Guna pada kadar yang disyorkan oleh produk berkaitan.  Kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan kesan toksisiti (daun menjadi lecur) pada tanaman. Kadar pengesyoran adalah berbeza bergantung kepada jenis tanaman.  Jika tidak pasti, mula dengan kadar yang rendah dan pertingkatkan jika perlu.

2.  pH larutan sebaiknya dalam lingkungan neutral (pH = 7). Sebaiknya guna air tanpa klorin (air hujan, air telaga atau air bekalan domestik yang disimpan dikawasan terbuka menghilang kandungan klorin)

3.  Amalkan buat semburan yang halus (fine spray) dan dibiarkan menitik pada target bahagian vegetatif pokok.

4.  Masa yang terbaik untuk membuat semburan ialah diwaktu pagi (selepas embun kering) atau lewat petang.  Suhu yang rendah diwaktu pagi atau petang akan menyebabkan stomata terbuka lebih luas untuk penyerapan nutrien yang diberi.

5.  Untuk kesan yang optimum, semburan hendaklah tertumpu pada bahagian bawah daun kerana stomata banyak terdapat pada bahagian bawah daun. Semburan juga hendaklah dituju kepada batang.

6.  Untuk memastikan tiada pembaziran berlaku disebabkan aliran air jatuh (run off), bahan additif pelekat (sticker) boleh digunakan. Antara bahan additif / sticker yang terdapat dipasaran ialah Evan Plus (Alkyl dan Alkylarylpolyoxy ethylene Glycol : 80%) dan AGR Tetron AS (Octylphenoxypolyethoxyy ethanol and Sodium alkylester Sulfonate - 60% + I sopropanol - 8%)

7.  Untuk kesan yang terbaik, baja semburan hendak diberi pada peringkat kritikal dalam pertumbuhan sesuatu tanaman.  Antaranya semasa menanam (transplanting) atau peringkat mula berbunga (flower blooming) dan peringkat pembentukan buah (fruit set).


3 ulasan:
Write comments
  1. salam pde siapa beminat nak join group perkebun kcil dn bsr bole wssup sy di no (01137530526 joe)dsiny sma2 lh kta mmbntu serta brkongsi pndapat dn pngalaman yg ada pde yg shabat2 yg len,,insyalllah

    BalasPadam
  2. saya nak tanya kalau gunakan pada pokok nanas boleh tak.Dan berapa sukatan yang perlu digunakan.

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter