19 Jul 2015

5 Kaedah Mengerakkan Anak Pokok Tin Yang Sedang Tidur (Dorman)

Oleh Tuan   ~

Bagi figger di Malaysia pokok tidur dirujuk kepada keadaan dimana tiada pertumbuhan (pengeluaran pucuk baru atau membesar) berlaku selepas beberapa minggu atau bulan.  Fenomena ini berlaku sama ada pada keratan batang (ketika disemai), semaian anak tut atau bare root dan pada pokok yang sudah besar. Walaupun tiada pertumbuhan buat beberapa minggu/bulan, pokok tidak mati kerana batang dan daun yang sedia ada masih kehijaun.


Dua varieti yang sama dan ditanam (bareroot) dalam keadaan
yang sama - tetapi pertumbuhan adalah berbeza


Semaian keratan yang menunjukkan pertumbuhan berbeza.
Pokok tidak mati (Kiri :Violette du Sollies & Kanan : Gourtte)

Mengapa pokok tidur?

Pokok berada didalam keadaan dorman (tidur istilah yang digunakan figger Malaysia) disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1. Pertama ialah kerana sifat fisiologi pokok itu sendiri.  Pada umumnya dalam proses pertumbuhan dalam kebanyakkan keadaan pokok berhenti untuk membesar buat beberapa ketika.  Proses ini meminimumkan aktiviti metabolik buat beberapa ketika untuk memulihara tenaga untuk pertumbuhan selanjutnya. Ini jelas belaku dinegara empat musim dimana pada musim sejuk, pada umumnya tiada pertumbuhan akan berlaku seterusnya mengeluarkan pucuk baru apabila tiba musim bunga dan seterusnya berbuah pada musim panas.

2. Pokok juga tidak ada pertumbuhan baru jika ianya terdedah kepada tekanan fisiologi (physiological stress) secara berterusan.  Antara penyebabnya ialah kekuranga sumber nutrien, kekurangan atau berlebihan air dan juga suhu yang telampau sejuk atau panas.

3. Pokok juga akan terbantuk apabila akar telah rosak terutama pemberian air atau pembajaan yang berlebihan.

4. Anak pokok yang didedahkan kepada keadaan cuaca sekitar tanpa dibuat proses penyesuaian (hardening) yang betul.

5. Disebabkan ganguan makhluk perosak pada tanaman.  Contoh klasik bagi pokok tin ialah apabila pokok diserang nematod.  Akar yang telah rosak disebabkan nematod menyebabkan tiada pertumbuhan baru akan berlaku walaupun keperluan nutrien untuk pertumbuhan telah diberi.


Mengerakkan pokok tidur dengan menggunakan 
ketulan ice

Cara hendak mengerakkan anak pokok yang tidur

Masalah pokok tidur boleh dirawat dengan beberapa cara bergantung kepada masalah yang dihadapi.  Disini saya kongsi apakah antara usaha yang telah diamalkan oleh penanam pokok tin untuk mengatasi masalah pokok tidur yang mana bergantung kepada masalah pertumbuhan pokok tersebut.

1.  Siram atau sembur dengan dengan baja yang mengandungi N yang tinggi kerana N sendiri boleh merangsang pertumbuhan pucuk. Contoh baja yang boleh digunakan ialah baja AB, NPK 15:15:15 dll.

2.  Siram atau sembur dengan bahan penggalak pertumbuhan (plant booster) yang kebanyakkan hasil dari bahan organik dan mikroorganisma efektif (EM) tertentu. Antaranya ialah B1, oligochitosan, Seasol, Biojadi dll.

3.  Kopek selaput yang menutupi mata tunas pucuk.  Ini akan memudahkan perkembangan pucuk muda ikuti dengan rawatan diatas.

4.  Rawat dengan menggunakan ketulan air batu pada permukaan media dan dibungkus dengan guna sehingga ketulan ais tersebut cecair.  Dilaporkan pokok akan mula mengeluarkan pucuk selepas beberapa hari rawatan dibuat.

5.  Jika keempat-empat kaedah yang disarankan diatas tidak juga berjaya menggerakkan pokok yang sedang tidur, kemungkinan besar akar pokok tersebut telah rosak disebabkan oleh fungus gnats, serangan cacing nematod, toksisiti baja atau media yang digunakan terlampau lembab dan menghalang pertumbuhan akar baru. Dalam kes sebegini adalah disyorkan bongkar tanaman tersebut dan buat pemerhatian pada akar sama ada kesan serangan nematod atau kerosakkan akar disebabkan perosak atau faktor-faktor lain.  Tukar media jika ianya berkaitan dengan media yang terlampau lembab atau buat rawatan jika ia disebakan fungus gnats atau nematod.



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter