5 Jun 2015

Varieti Pokok Tin - Varieti Untuk Produk Teh Daun Tin

Oleh Tuan   ~

Seperti yang kita semua tahu, salah satu hasilan pokok tin ialah teh herba daun tin.  Teh hijau daun tin mengandungi anti oxidant yang tinggi dan bagus untuk amalan harian.  Teh herba daun tin yang telah siap untuk diguna boleh dibeli dari beberapa pembekal tempatan atau diproses sendiri dari daun segar pokok tin kita sendiri.  Pemerhatian yang dibuat menunjukkan varieti yang sesuai untuk dijadikan produk teh hijau adalah seperti berikut:


1. Daun yang besar, tebal dan banyak
2. Mempunyai aroma daun tin yang kuat

Mengikut Sdr. Marzuki Shafie, antara varieti yang mempunyai sifat2 diatas ialah:
1. Black Iranian
2. Red Libya
3. Black Portugal



Black Iranian diperolehi mempunyai 
daun yg lebar dan tebal


Red Libya mempunyai 
daun yg tebal dan banyak


Black Portugal mempunyai 
aroma yg paling kuat

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter