9 Jun 2015

Varieti Pokok Tin - Texas Everbearing

Oleh Tuan   ~











Ini cerita Tn. Yusuf Mattais berkenaan varieti ini...

Texas Everbearing hanyalah 1 variety marhaen kata otai2 seperti Fahmie Formeniaga & Marzuki Safiee. Tapi variety ini adalah antara 3 pokok pertama yg dimiliki di samping Brown Turkey & Matsui Dauphine A. Jauh perjalanan & luas pandangan begitu juga dgn pokok TEB ini. Perkenalan pertama dgn pokok tin pada 20 Dec 2014 di Tamparuli, Sabah ketika melawat tanaman anggur Bro Jontih Enggihon .Berkesempatan merasai buah tin segar serta minum teh daun tin yg disediakan. "Jatuh cinta" lalu terus melamar 3 anak pokok variery TEB, BT & MDA.Ketiga2 anak pokok ini terus di bawa menjelajah Sabah dr Tamparuli ke Kota Kinabalu, Kundasang & seterusnya ke Tawau. Pada 31 Dec 2014 ketiga2 anak pokok ini di bawa ke Kota Warisan menaiki penerbangan MAS 2665 dgn dibuang tanah & polybeg yg selama ini menemaninya - bareroot perkataan yg begitu asing pd ketika itu. Sampai di Kota Warisan pd malam 31 Dec 2014 & keesokan harinya di tanam ke dalam pasu dgn mediumnya tanah merah + kompos 6 in 1. Permasalahan wujud sbb tanah tidak poros akibatkan air siraman bertakung & pokok menjadi layu. Ekoran ini mula bertanya di halaman pokok tin apakah medium yg sesuai & akhirnya mengeluarkan semula anak pokok serta tanam semula dgn medium tanah bakar + kompos 6 in 1 + pasir. Medium ini kekal sampai sekarang. Anak pokok semakin membesar & hidup subur serta mula bermata ketam pada penghujung Feb 2015 dikesemua 5 cabangnya dgn buah pertama keseluruhan sebanyak 55 biji. pd akhir Mei buah mulai masak dan hampir setiap hari dapat merasai keenakan buah TEB ini. Buah TEB ini sangat manis dgn texture yg halus lembut. Antara variety yg harus di miliki semua peminat pokok tin. From Tamparuli, Sabah With Love. Terima kasih BioFeed


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter