3 Jun 2015

Varieti Pokok Tin - Jenis San Pedro Dan Smyrna

Oleh Tuan   ~


Dalam satu posting tidak lama dulu saya telah memperjelaskan jenis-jenis pokok tin. Jenis-jenis tersebut terbahagi kepada empat iaitu :

1. Common Figs (atau Persistent) - Jenis tidak memerlukan pendebungaan dalam penghasilan buah yang matang.  Varieti ini ialah varieti pilihan bagi peminat pokok tin di Malaysia.

2. Caducous (atau Smyrna) figs - bunga daripada kumpulan ini memerlukan pendebungaan bagi memastikan buahnya membesar dan menghasilkan buah matang. Jika tidak, buah muda akan gugur sebelum matang.

3. Intermediate (or San Pedro) figs - buah terbentuk pada pengeluaran pertama (breba crop) sahaja. Pendebungaan adalah diperlukan untuk musim utama berikutnya. 

4. Caprifigs - Kumpulan ini menghasilkan buah yang kecil dan tidak boleh dimakan. Caprifigs hanya mengeluarkan bunga jantan dan tidak menghasilkan buah. Ia hanya untuk pendebungaan bunga pokok tin dari kumpulan Caducous (Symra) atau Intermediate (San Pedro).

Pendebungaan pokok hanya boleh dilakukan oleh sejenis tebuan kecil (fig wasps). Tebuan tin (fig wasps) adalah sejenis tebuan dari kumpulan sub famili Chalcidoidea.  Tebuan-tebuan ini tidak terdapat di Malaysia.  Sehubungan dengan itu proses pendebungaan (pemindahan pollen dari bunga jantan dari pokok tin jenis Caprifigs) tidak akan berlaku.  Justeru itu, penanaman pokok tin dari kumpulan San Pedro dan Smyrna tidak akan menghasilkan buah.  Kalau terhasil pun, buahnya akan gugur sebelum matang.  Bagi memastikan peminat pokok tin Malaysia tidak terbeli varieti-varieti San Pedro dan Smyrna ini, bersama ini saya sertakan senarai varieti bagi kedua-dua jenis tersebut hasil dari pencarian di web-web berkenaan pokok tin.

Varieti-varieti dari jenis San Pedro

  • Buino
  • Carvalhal
  • Cachôpeiro
  • Castle Kennedy
  • Branco
  • Colombro
  • Dauphine (syns. Dauphine Violette, Fracazzano Rosso (syn. Ficazzano)
  • Grosse Violette
  • Ronde Violette Hâtive
  • Rouge de Argenteuil
  • Mussega Negra
  • Ficus carica punctulata Risso
  • Pagaudière
  • Adam
  • Drap d'Or (syn. Royal Vineyard)
  • Gentile (syns. Gentilla, Figue d’Or, Fico d’Oro, Tiburtina of Pliny, Ficus carica pulchella Risso)
  • Khdari
  • King
  • Lampeira (syns. Portoghese, Lampas, Figue des Confiseurs)
  • Noce
  • Petronciano (syns. Molignano, Barbanera)
  • Pietri
  • Ottato Rosso
  • San Giovanni (syn. Santa Scianni)
  • Pied de Boeuf
  • San Pedro (syns. San Pedro White, White San Pedro, Apple, Saint Peter)
  • San Vito
  • Nazareth
  • Beyaz Orak

Varieti-varieti dari jenis Smyrna

  • Abate
  • Abiarous
  • Aboucherchaou
  • Akca
  • Alekake
  • Amesas
  • Aranim-Amellal
  • Bardajic (syns. Bardajik, Bardakjik)
  • Blowers,Borsamele (syn. Ingannamiele)
  • Castelhano Branco
  • Changelge
  • Chefaki
  • Cheker Injir
  • Choer (syn. Biskra)
  • Cueritesto (syn. Cesario)
  • Djaferi
  • Djebali
  • Euscaire (syn. Euscaire Preto)
  • Eisen
  • Fietta,Kaab el Gök Lop
  • Ghazal
  • Hilgard
  • Hamriti
  • Isly,Jadi (syn. Iadi)
  • Kalamata (syn. Messenia)
  • Karayaprak (syn Dülekgazi)
  • Kassaba
  • Khadir
  • Kouffi Vert
  • Lebi
  • Madoui
  • Malaki Blanc
  • Maple-Leaved
  • Marabout (syns. Sultane du Marabout, Aseltani)
  • Merchini
  • Mota (syns. Allamoda, Moda)
  • Mouzai
  • Panettaro (syns. Albanega, Panettiero, Abbanega)
  • Pasulito,
  • Pazzo (syn.Paccio)
  • Passacanne
  • Rixford
  • Khazouri
  • Malaki
  • Napoletana
  • Rosa
  • Sari Lop
  • Scionto
  • Snowden
  • Sultanie
  • Sesso (syns. Sessune, Peloso, Pilosa, Piloso, Lungo Bianco)
  • Sigilli
  • Stanford
  • Scancaniso (syn. Fico della Villa of Cavolini)
  • Sultane Bilongue
  • Salatello
  • Sultani
  • Tabelout
  • Tadefouit
  • Taharit
  • Takourchit
  • Tameriout
  • TameriouTaranimt
  • Taurisano
  • Tazarift,
  • Três um Prato
  • Verdescone (syns. Verdesco at Mesagne; Verdone at Taranto; Acriesto at Carosino)
  • West,Wilson,Yediver.

Catatan

  • INFO INI ADALAH HASIL PERKONGSIAN OLEH Sdr. Malik Yusuf (Sumber rujukan :  HILGARDIA VOL. 23 FEBRUARY, 1955
    No. 11.  A Journal of Agricultural Science Published by
    the California Agricultural Experiment Station.
    FIG VARIETIES: A MONOGRAPH - Dr. IRA J. CONDIT)
  • Mohon maklum balas jika ada penambahan atau pengurangan pada senarai ini.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter