30 Jun 2015

Perosak Pokok Tin - Ulat Pada Daun Yang Berkarat & Kaedah Kawalan

Oleh Tuan   ~

Keadaan cuaca sekarang adalah tidak menentu dan didapati hujan setiap hari. Keadaan udara yang lembab, mendung akan menyebabkan suasana persekitaran kawasan penanaman pokok tin adalah sentiasa lembab terutama sekali bagi mereka yang menanam dikawasan terbuka.  Ini akan menyebabkan pokok akan mudah dijangkiti masalah karat daun (fig rust).  Kehadiran karat daun seterusnya akan mengundang masalah perosak lain.  Apa kah perosak tersebut?


Larva pada karat daun tin


Boleh terkena/terjankit pada keselutuhan daun


Kesan didapati bermula dari hujung daun


Ulat pada pokok daun yang berkarat..

Nama serangga larva ini masih belum dikenalpasti.  Walau bagaimanapun sejenis serangga akan betelur dikawasan daun yang mempunyai jangkitan karat yang teruk. Carian google menunjukkan larva ini memakan karat dan bersarang pada kawasan yang telah terjangkit ini.  Laminar daun pada kawasan ini lencur dan rosak.

Kaedah kawalan

Pada pandangan saya kaedah kawalan yang terbaik ialah dengan menggunakan minyak neem memandang minyak neem boleh membasmikan kulat (yang menyebabkab karat pada daun) dan menghapuskan larva serangga berkenaan.

Bacaan tambahan berkenaan karat daun

8 Kaedah Mengawal Perebakan Karat Daun (Fig Rust) Pada Pokok Tin


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter