18 Jun 2015

Perosak Pokok Tin - Siput Kecil (Siput Trumpet /Trumpet Snails / Melanoides tuberculata )

Oleh Tuan   ~

Siput Trumpet / Trumpet Snails
(Melanoides tuberculata)





Penerangan perosak

Ini adalah sejenis siput yang lebih dikenali dengan siput trumpet (trumpet snails). Nama saintifiknya ialah Melanoides tuberculata. Saiznya agak kecil dalam linkungan 5-8 mm panjang dan 3-4 sahaja.  Seperti juga spesis siput lain, ianya juga perosak kepada tanaman termasuk pokok tin.  Biasanya siput akan memakan bahan lembut pokok seperti daun, kulit muda dan akar.  Kalau tidak dikawal, siput juga boleh memberi masalah kepada pertumbuhan optimum pokok.

Kaedah kawalan

Kaedah kawalan adalah sama dengan siput lain.  Antaranya ialah 
1).  Menggunakan umpan untuk mengumpul perosak dan musnah secara manual.  Antara umpan yang boleh digunakan ialah hirisan buah epal dan empulur jagung.

2).  Memusnahkan dengan menabur garam atau Epsom salt pada permukaan media.

3).  Tabur racun perosak siput seperti Siputox pada permukaan media dan kawasan berdekatan


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter