10 Jun 2015

Perosak Pokok Tin - Lalat Buah (Oriental fruit fly / Bactocera dorsalis)

Oleh Tuan   ~

Lalat Buah - (Oriental fruit fly / Bactocera dorsalis)

Tephritidae adalah salah satu daripada keluarga lalat yang dirujuk sebagai "lalat buah".  Famili lain ialah  Drosophilidae.   Terdapat hampir 5,000 spesies lalat buah tephritid yang telah dikenalpasti dan bahagikan kepada hampir 500 genus. Berbeza dengan famili Drosophilidae, Tephritidae kadang-kadang dipanggil lalat merak (peacock flies) kerana badannya yang berwarna warni.

Oriental fruit fly, Bactocera dorsalis adalah perosak merbahaya bagi kebanyakan buah buahan termasuk pokok tin.  Pada buah tin, ibu dewasa akan bertelur pada di ostiole (lubang pada syconium) pada peringkat buah mula bertukar warna sebelum matang sepenuhnya.  Telur yang tinggalkan akan menetas dan larva yang terhasil akan membiak didalam buah.  Ini akan menyebabkan buah menjadi buruk.







Cara yang terbaik untuk mengelakkan buah dicucuk oleh lalat ini ialah dengan membungkus dengan kain jarang (sarung yang diguna untuk mengisi gula sebagai cenderahati di majlis perkahwinan) atau kain/kertas nipis yang bersesuaian. Peringkat yang untuk dibungkus ialah apabila saiz buah dalam lingkungan 1.5 cm.

Kawalan juga boleh dibuat adalah dengan memasang perangka Methyl Eugenol. ME memikat lalat buah jantan sahaja.

Ketahanan varieti terhadap perosak ini adalah berbeza bergantung kepada sifat kulit buahnya.  Antara varieti yang laporkan tahan ialah ALMA.  Alma mempunyai ketebalan kulit yang jelas berbeza dengan varieti lain.



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter