18 Jun 2015

Perosak Pokok Tin - Fungus Gnats (Orfelia and Bradysia species)

Oleh Tuan   ~

Fungus Gnats
(Spesis Orfelia dan Bradysia)


Fungus gnats dewasa (Sumber Gambar)


Apa itu Fungus gnats

Fungus gnats ialah nama am bagi sejenis serangga kecil bersayap dan banyak berterbangan dikebun atau dalam rumah pelindung hujan.  Serangga ini bertelur dikawasan yang media sentiasa lembab dan mengandungi kandungan bahan organik yang tinggi.

Keroskkan pada tanaman

Serangga fungus gnats dewasa tidak merosakkan tanaman dan juga mengigit manusia.  Walau bagaimanapun, larvanya jika terdapat pada jumlah yang banyak boleh boleh menyebabkan kerosakkan pada tanaman.  Ianya boleh membuatkan pertumbuhan pokok (terutama sekali anak pokok) terbantut.  Pada umumnya larva ini hidup dengan memakan bahan organik terutama sekali akar muda.  Jika ini berlaku, pokok akan layu (kerana akarnya telah musnah).  Kehadiran serangga ini sangat berkaitan dengan keadaan media yang lembab dan mengandungi kandungan organik yang tinggi.


Larva

Larva





Kedaan media yang sentiasa lembab
adalah antara punca perebakan serangga ini


Pertumbuhan tanaman terbantut

Kawalan

Beberapa kaedah kawalan boleh digunakan untuk merawat serangan perosak ini. Antaranya adalah seperti berikut:
1.  Racun organik seperti Parker Neem - siram pada bahagian media (terutama sekali bahagian batang / akar
2.  Racun organik buantan sendiri - larutan bawang dan cili api
3. Guna larutan racun Malathion - siram pada bahagian akar

Sebagai langkah persediaan untuk mengelakkan pokok dijangkiti serang oleh perosak, pastikan media tidak terlampau lembab dan mengandungi bahan organik yang terlampau tinggi.  Penggunaan lapisan pasir steril dipermukaan media dilaporkan boleh mengurangkan masalah perosak ini.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter