18 Jun 2015

Peranan Orang Purba Dalam Pembangunan Varieti Pokok Tin

Oleh Tuan   ~


Bersama ini saya ingin kongsi sedikit maklumat tentang asal usul pembangunan bagi beberapa varieti yang tersohor dan menjadi pilihan figger seluruh dunia dan juga Malaysia.

Antara varieti-varieti  tersebut adalah seperti berikut:

1. Col De Dame
2. Dalmatie
3. Barnisotte
4. Malta Black
5. Longue D'Out
6. Violette de Bordeaux
7. Ronde de Bordeaux

Mengikut kajian yang telah dibuat, varieti tersebut ialah sebenarnya varieti yang tumbuh liar pada satu masa dahulu dan proses pemilihan telah dibuat oleh orang purba sejak ribuan tahun dulu lagi.  Pada zaman itu, sumber makanan utama diperoleh dari sumber liar dan aktiviti penanaman adalah sangat terhad.  Dalam proses tersebut mereka akan mencari tumbuhan yang bermenafaat dari hutan sebagai sumber makanan dan pokok tin adalah antara jenis pokok yang menjadi sumber makanan mereka.

Bagi pokok tin sebagai contoh, dikawasan habitat asal, pada umumnya akan terdapat beberapa jenis yang berlainan dari segi sifat pertumbuhan, rasa buah dan ketahanan kepada penyakit.  Kepelbagaian jenis ini terbentuk hasil dan kacukan dan pemilihan secara semula jadi (natural selection).  Varieti-varieti yang tahan lasak akan terus hidup walaupun telah terdedah kepada bermacam bencana alam seperti banjir ataupun gempa bumi.  Selain daripada pemilihan secara semula jadi, pemilihan secara sistematik telah juga dibuat oleh orang-orang purba ini. Secara sistematik mereka akan memilih dan menanda lokasi dimana terdapat jenis-jenis pokok tin yang menjadi pilihan mereka.  Mereka akan ke lokasi yang sama untuk mendapat buah bagi setiap musim buah (musim panas).  Lokasi dan tempat sebenar dimana varieti tersebut dijumpai kadangkala dirahsiakan agar tidak akan ada persaingan untuk mendapatkan buahnya nanti.

Varieti pilihan ini kemudian mula berkembang apabila pemburu makanan ini telah pandai bercucuk tanam dan pandai membuat pembiakan bahan tanaman sama ada dengan menggunakan kaedah pembiakan vegetatif atau biji benih.  Terima kasih kepada orang-orang purba ini.

Teknik ini juga telah amalkan penduduk dinegara kita dalam pembangunan pokok buah terpilih seperti durian.  Kebanyakkan klon durian yang terdapat pada masa ini ialah hasil pemilihan turun menurun semenjak ratusan tahun dulu. Varieti terpilih seperti Durian Kunyit atau Musang King hanya berkembang dengan begitu meluas apabila kita telah boleh membiak bahan tanamannya dengan cepat.

Catatan:

Info ini telah dikongsi oleh Tn. Malik Yusuf

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter