21 Jun 2015

Pembiakan Bahan Tanaman Pokok Tin - Teknik Tut Menggunakan Cup Plastik

Oleh Tuan   ~

Adalah menjadi kebiasaan apabila pokok tin tumbuh subur, ianya akan mengeluarkan banyak dahan sulur (suckers).  Dahan ini pada kebiasaanya tidak berapa aktif membesar walaupun ianya berupaya mengeluarkan buah yang agak berkualiti.  Dahan sulur tumbuh pada pangkal pokok dan pada kebiasaanya tumbuh mendatar.  Memandangkan ianya tumbuh mendatar, kaedah yang paling mudah untuk membuat tut dahan-dahan ini ialah dengan menggunakan teknik tut cup.

Persediaan & pemilihan ranting

Jika banyak dahan sulur yang terbentuk pada satu tempat, elok buat pemangkasan dibuat dan tinggalkan beberapa ranting utama sahaja .  Ini bagi memastikan proses membuat tut lebih mudah.

Bahan yang diperlukan

1. Cup plastik
2. Gunting
3. Pisau
4. Gelung getah
5. Tape (binding tape)
6.  Media tut yang bersesuaian (Contoh : Tanah 6 dalam 1 yang ada cocopeat)


Bahan yang diperlukan ialah :
cup plastik, gunting, pisau, getah dan tape.

Kaedah

1.  Pemilihan dahan sulur yang sesuai
2.  Ukur ketinggian dahan sulur untuk membuat lubang / keratan pada aras yang optimum
3.  Tanda tempat yang sesuai untuk buat lubang
4.  Tebuk lubang (dengan menggunakan pemutar skrew panas) - belakang & hadapan
5.  Potong cup sampai ke lubang
6.  Kelar (3/4 bahagian) ditempat dimana tut akan dibuat dan sapu hormon penggalak akar dibahagian atas kelaran tersebut.
7.  Sediakan media tut
8.  Masukkan ranting antara belahan pada cup tadi dan isi dengan media tut yang telah disediakan.
9.  Potong akar apabila akar telah memenuhi cawan
10. Buang cup dengan berhati supaya akar tidak tercedera.  Sebaiknya media sedikit kering bagi mengelakkan medai tut terburai.


1) Pemilihan dahan yang sesuai untuk buat tut. 


2). Ukur ketinggian dahan sulur untuk dibuat
lubang & belahan pada cup


3) Tanda tempat ingin dibuat lubang
dan keratan pada cup

4). Tebuk lubang dengan besi (screw driver panas)



5) Belah bahagian hadapan & belakang pada cup
dengan menggunakan gunting


6) Kelar sedikit pada batang yang ingin ditut 
& sapu dengan hormon penggalak akar dibahagian atas
(juga boleh buat torehan melintang sepanjang 2 cm).
Kalau tidak kelar / buat torehan pun tidak apa (tapi masa
untuk akar membiak lambat sikit)


7.  Sediakan media 


8. Selitkan ranting antara belahan yang
dibuat pada cup & isi dengan media 


9. Potong tut apabila akar sudah 
memenuhi cup


10.  Buang cup dengan berhati 
agar akar tidak rosak


11.  Anak tut cup yang telah 
dipindah ke pasu semaian


Catatan

Terima kasih kepada Tn. Zaki Salleh dan Cik Gu Azhar Salleh yang telah berkongsi teknik ini.


1 ulasan:
Write comments
  1. adakah penutup cup ini ditebuk lubang ditengah
    adakah cup ini perlu disiram

    TK

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter