Mata Ketam Pada Pokok Tin

Mata ketam?
Bagi figger Malaysia, mata ketam ialah istilah putik buah yang baru terbentuk pada ketiak daun.  Pada peringkat awal pertumbuhan, adalah agak sukar untuk membezakan dengan tunas pucuk.  Walau bagaimanapun, bentuk mata ketam adalah lebih membulat berbanding dengan tunas pucuk.  Nama mata ketam diberi kerana ianya mempunyai bentuk yang agak sama dengan mata ketam.

Dalam keadaan pertumbuhan biasa, mata ketam akan terhasil dalam masa 4-6 minggu selepas ditanam bagi anak tut atau anak yang dihasilkan dari keratan batang.  Bergantung kepada varieti, mata ketam akan membesar dan bersedia untuk dipetik selepas 90-100 hari.

Mata ketam pada pokok tin vs pada ketam





Bacaan berkaitan




Comments