22 Jun 2015

Kekurangan Mg (Magnesium) Pada Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Kesan kekurangan Mg yang 
melampau


Simpton mula terbentuk pada daun lebih 
matang


Simpton mula terbentuk pada daun lebih 
matang


Daun kekuningan antara urat

Kekurangan Magnesium (Mg)

Magnesium ialah antara komponen yang penting dalam klorofil dan diperlukan untuk pembentukan gula, minyak dalam daun.  Kekurangan Mg pada tanaman mula dizahirkan pada daun yang lebih matang (older leaves) kerana Mg adalah mudah berpindah (mobile) dalam sistem tanaman. Mg yang ada akan berpindah dari daun matang ke daun muda semasa proses pembesarannya. Pada umumnya klorosis akan menyebabkan warna kekuningan di tepi daun atau antara urat-urat daun. Hujung atau tepi daun ada kalanya melengkung ke atas dan gugur sebelum matang apabila kekurangan Mg adalah pada peringkat yang lebih serius.

Kajian yang dijalankan menunjukkan pemeberian baja potassium (K) dan ammonium yang tinggi boleh mendorong berlakunya kekurangan Mg pada tanaman.

Catatan perbandingan simptom dengan unsur lain

Kekurangaan manganese (Mn) - corak kekuningan adalah bertompok berbanding dengan kekurangan Mg yang mana kekuningan adalah berterusan antara urat daun
Kekuranagn zinc (Zn) - Simptom kekuningan terdapat pada daun muda. Daun berubah bentuk
Kekurangan boron (Bo) - Simptom kekuningan pada daun muda dan melenkung ke atas.  Daun berubah bentuk.

Kaedah rawatan

Kaedah rawatan ialah dengan memberi semburan Epsom salt.  Bahan ini juga boleh diberi sebagai baja siraman.  Sebagai langkah pencegahan pastikan formulasi baja yang digunakan mengandunggi Mg (dalam bentuk MgO). Sumber Mg lain yang ialah dolomite yang biasa diberi untuk meningkatkan pH tanah.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter