1 Jun 2015

Jom Tanam Pokok Tin Di Kondominium dan Pangsapuri..

Oleh Tuan   ~

Sejak akhir-akhir ini konsep pertanian bandar telah mula mendapat perhatian dari penduduk tempatan dengan tujuan mendapat sumber makanan segar, meningkatkan keselesaan persekitaran dan menambah pendapatan kepada penduduk bandar.  

Adalah tidak diragui bahawa konsep pertanian bandar juga boleh diamalkan bagi peminat pokok tin.  Pokok tin boleh diusahakan dengan jayanya walaupun didalam pasu dengan pengurusan tanaman yang bersesuaian.  Ada juga laporan yang mengatakan penaman dalam bekas (containerised planting) adalah lebih baik bagi pokok tin kerana ianya cepat berbuah dan mudah untuk dikendalikan Pengurusan air, baja dan musuh perosak dan juga rumpai adalah lebih mudah berbanding dengan tanaman dilapangan.  Seperti yang dijangka, buahnya adalah tidak sebesar dan banyak berbanding penanaman dilapangan.

Penanaman pokok tin dalam bekas (sama ada dalam pasu, culvert dan lain-lain) telah memberri kepuasan yang tidak terhingga kepada peminat pokok tin dibandar, terutama yang tinggal dirumah sesebuah, berkembar dan juga rumah teres.  Persoalan seterusnya ialah adakah ianya juga sesuai untuk ditanam oleh penghuni-penghuni pangsapuri, kondominium atau rumah pangsa.


Pencahayaan dibalkoni kondominium


Pokok tin di kondominium

Bejaya menghasilkan buah seperti biasa


Masalah kekurangan cahaya akan menjadi
masalah jika tidak diuruskan dengan baik

Untuk menjawab persoalan ini saya sempat berbual dengan Sdr. Suhaimi Jamalludin yang telah mengusahakan tanaman lebih dua tahun di kondominium beliau di Pulau Pinang.  Daripada perbincangan tersebut saya boleh rumuskan pokok tin boleh diusahakan dengan jayanya berupaya mengeluarkan buah yang setanding dari segi hasil dan kualiti dengan buah yang dihasilkan dilapangan.  Walau bagaimanapun beliau memberi pendapat ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin menanam pokok tin di rumah-rumah pangsa atau kondominiu.  Perkara tersebut adalah seperti berikut:

1.   Sumber cahaya matahari.  Balkoni dimana tanaman pokok tin akan ditempatkan menerima cahaya matahari yang mencukupi.  Mengikut pengalaman beliau, pokok tin memerlukan lebih kurang 6-8 jam matahari / hari untuk pertumbuhan yang baik.  Ini bermakna peminat pokok tin dikondominium seperti ini hendaklah terlebih dahulu menilai pergerakan matahari dan memastikan balkoni berkenaan menerima matahari yang mencukupi.  Pengalaman beberapa penanam ialah cahaya matahari pagi adalah lebih baik berbanding dengan matahari petang.  Lima hingga tujuh jam matahari pagi adalah sudah memadai untuk pertumbuhan pokok tin.

2.  Pilih varieti yang jenis "dwarf" dimana pertumbuhan adalah perlahan dan terhad.  Varieti varieti ini biasanya mempunyai internode (ruas daun) yang pendek.  Pokok-pokok pada biasanya tidak tinggi.

3.  Guna jenis media dan bekas yang ringan.  Ini bagi memudahkan pengendalian anak benih agar memperoleh cahaya matahari yang optimum.

3.  Amalkan sistem pengairan dan pembajaan yang sistematik.  Yang terbaik ialah guna teknik fertigasi kerana sumber air dan baja boleh diberi pada masa yang diperlukan dengan tepat.


Buah varieti Black Jack dari 
kondominium Pulau Pinang



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter