15 Jun 2015

Fungsi & Cara Penggunaan Chitosan B-1 dan Aukaroot B-1 Dalam Pembiakan Pokok Tin

Oleh Tuan   ~




CHITOSAN B-1 

Fungsi: 

Merangsang pertumbuhan, perakaran, dan daun. Boleh digunakan semua jenis tujuan tanaman, termasuk bungaan, hiasan, dan tumbuhan berbuah. Serta baik untuk memelihara tumbuh-tumbuhan yang dipindahkan dari tanah asal kepada tanah lain. Baik untuk mempercepatpulih kerosakan dari terlebih-kimia tumbuhan. Mengelakkan akar busuk disebabkan oleh kuman apabila mengubahkan tanaman dari tanah. Produk ini diperbuat daripada hormon semula jadi Cytokinin Vitamin B-1. Jadi ia adalah mesra alam dan mesra pengguna.

Cara mengguna: 

1. Anak tut - Rendam anak tut: 3-5 ml / 1 liter air
2. Biji benih - Rendam benih: 10 ml / 100 ml air
3. Pengakaran keratan - Siram setiap 7-15 hari: 3-5 ml / 1 liter air.
4. Ubah tanaman dari pasu ke tanah - siram setiap 7-15 hari: 4 ml / 1 liter air.

GONCANG botol sebelum diguna.

AUKAROOT B-1 

Merupakan agen rangsangan pertumbuhan akar terutamanya untuk keratan dan tut. Selain itu, ia juga mampu untuk merangsang pembungaan tumbuhan berbunga yang tidak normal.

Fungsi:

Rangsangan anak tut, keratan, dan biji benih. Menguatkan tumbuhan yang dipindahkan dari tanah lain. Membantu pembungaan, merangsang kadar pertumbuhan umbisi (sesuatu yang kami menjangkakan produk dari akar, contohnya keledek)

Cara mengguna: 

1. Anak tut dan keratan - rendam selama 1-24 jam: 3-5 ml / 1 liter air
2. Mengubah keratan atau pokok muda dari polibeg ke tanah - siram setiap hari selama 2-3 minggu: 3-5 ml / 1 liter air.

Catatan

Perkongsian dari Tn. Malik Yusuf


Untuk menyertai kami di FB, klik disini..
https://www.facebook.com/groups/Tin.Oh.Tin/


1 ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter