30 Mei 2015

Sifat Pertumbuhan dan Morfologi Pokok Tin (Ficus carica)

Oleh Tuan   ~

Untuk pertumbuhan yang baik pokok tin memerlukan kawasan yang subur, mempunyai saliran yang baik dan suhu yang tinggi. Berbanding dengan negera temperate seperti Eropah, pokok yang diusahakan di Malaysia membesar sepanjang tahun dan tidak mempunyai musim dormant yang tertentu. Walau bagaimanapun pertumbuhan kurang aktif pada musim hujan kerana kekurangan pancaran matahari. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan pada musim panas /kering, pokok tin memerlukan sedikit naugan (lebih kurang 20%). Pokok didapati lebih subur apabila diusahakan dibawah sedikit teduhan berbandingan dengan kawasan terbuka (tanpa naugan) walaupun didalam rumah pelindung hujan. Pokok fig sangat sensitif kepada air yang bertakung. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian pada pokok terutma sekali bagi pokok yang belum matang (established) sepenuhnya.


Pokok tin boleh tumbuh besar seperti 
pokok berkayu lain


Tahap pemangkasan bagi penanaman komersil

Morfologi Batang

Ianya merupakan sepsis pokok berkayu dan batangnya boleh membesar sehingga puluhan cm lilitan batang dan sehingga beberapa m tinggi. Pada umumnya pokok ini tumbuh meninggi seperti juga pokok berkayu lain dan mempunyai banyak cabang yang berbentuk pada batang utama. Walau bagaimanapun bagi pokok yang diusakan secara komersial, hanya 3-4 cabang utama sahaja yang disimpan dan lainnya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan cabang utama dan setersunya pengeluaran buah. Pokok juga dipangkas rendah bagi memudahkan amalan pengurusan tanaman seperti penyemburan baja, pemangkasan sulur dan yang terpenting ialah pengutipan hasil tanaman. Kebanyakan pengusaha pokok tin di Malaysia mengekalkan pertumbuhan ke tahap lebih kurang 6 kaki tinggi. Batang yang matang mempunyai bahagian yang berkayu di bahagian luar dan empulur yang lembut berwarna puteh di bahagian dalam. Jika terluka, batang menghasilkan getah yang berwarna puteh. Getah yang terhasil dari dikatakan toksik kepada manusia. Batang muda bewarna hijau muda dan bertukar menjadi kelabu apabila matang. Sesetengah varieti mempunyai batang yang berjalur-jalur antara hijua dan kelabu.

Daun bewarna hijau, mempunyai bulu yang halus
dan bentuk dan saiz yang berbeza

Morfologi Daun

Daun adalah pelbagai bentuk dan saiz dalam lingkunga 8 cm lebar dan 10 cm panjang diukur dari pangkal ke hujung daun. Ianya mempunyai pelbagai bentuk seperti bulat lonjong (tidak berjari) dan berjari dengan bentuk-bentuk jari yang berlainan. Ada setengah varieti mempunyai tepi daun yang berjerigi. Daun berwarna hijau gelap atau hijau muda bergantung kepada tahap kesuburan dan tahap kematangannya. Permukaan daun mempunyai duri yang sangat halus dan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika bersentuh dengannya. Ianya boleh memberi kemudarata yang serius bagi mereka yang mempunyai kulit yang alahan kepada duri sebegini. Sebaiknya hendaklah memakai baju yang berlengan panjang semasa penggendalian pokok ini.

Aroma daunnya yang wangi adalah satu keistimewaan bagi pokok tin ini. Setengah varieti mempunyai aroma yang amat harum dan sangat sesuai untuk diproses dijadikan teh herba. 


Morfologi Bunga dan Buah

Bagi pokok tin, apa yang kita panggil buah tu ialah sebenarnya gabungan banyak buah-buah kecil yang terbentuk dari satu jambak bunga. Gabungan buah-buah kecil yang berbentuk vase ini kadangkala dipanggil syconium. Syconium primitif adalah berbentuk plat (plate) yang dipermukaan terdapat banyak bunga-bunga kecil. Menerusi proses evolusi, plat ini melengkung keatas dan membentuk seperti bola. Dengan itu, bunga-bunga ini terletak didalam bola tadi dan pada hujung bebola tersebut satu lubang kecil yang dipanggil ostiole. Serangga pendebunga akan memasuk lubang kecil ini untuk proses pendebungaan.

Putik buah (gabungan bung-bunga kecil) terbentuk dicelah-celah ranting yang sedang membesar. Putih buah atau lebih dkenali dengan mata ketam (kerana bentuknya macam ketam) pada kebiasaannya mengambil masa 10-12 minggu sebelum masak ranum dan sedia untuk dipetik. Buah muda pada kebiasaannya hijau tua, hijau muda atau hijau kekuningan. Apabila masak, ianya akan bertukar menjadi hijau muda, kuning kehijauan, merah, merah tua, coklat atau hitam. Isi buah yang masak adalah bertekstur lembut, manis dan mempunyai aroma dan citrasa yang berlaian antara varieti. Warna syconium (kluster tangkai bunga) bewarna puteh kekuningan. Warna isi dalam (buah2 kecil) adalah kuning hingga kemerahan bergantung kepada varieti.

Hasilan buah tin yang dihasilkan di Malaysia adalah tidak banyak beza berbandingan dengan hasilan buah segar dunia lain.  Buah tin ialah satu-satunya buah yang ranum sepenuhnya dan separuh kering dipokok. Ianya tergolong dalam buah jenis non-climacteric sama seperti limau, anggur dan strawberry. Buah-buah jenis ini tidak memerlukan etilina dalam proses peranuman sepenuhnya berbanding dengan buah-buahan lain sepertibuah epal, pisang dan mangga.

Morfologi akar

Pokok tin adalah tergolong dari kumpulan dicotyledon dan mempunyai akar tunjang. Walau bagaimanapun bahan tanaman yang banyak digunakan dalam pengeluaran pokok tin dibiak dengan kaedah semaian keratan batang atau tut. Sehubungan dengan itu pokok tidak lagi mempunyai akar tunjang utama. Akar pokok sangat aktif membesar dan merebak secara mendatar atau ke bawah. Kajian yang dijalankan menunjukkan pertumbuhan akar ke bawah seharusnya dihadkan dengan meletakkan hamparan batu bata untuk mengalakkan pengeluaran buah. Pergerakan akar ke bawah tanpa had dilaporkan akan menggalakkan pertumbuhan vegetatif sahaja.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter