29 Mei 2015

Siri Maklumat Pokok Tin No. 3 : 4 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Bagi Pembajaan Pokok Tin

Oleh Tuan   ~


Bagi saya pembajaan adalah perkara asas yang mana semua peminat pokok tin perlu tahu sebelum mengusahakan tanaman pokok tin.  Ini kerana dari bajalah pokok memperoleh zat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan awal, pembesaran dan seterusnya pengeluaran buah seperti apa yang diharapkan iaitu besar, segar dan manis. Pembajaan yang tidak tepat boleh menyebabkan banyak masalah kepada pertumbuhan pokok.  Antaranya ialah pertumbuhan yang terbantut, keracunan pada pokok itu sendiri (akibat pemberian baja berlebihan atau kaedah yang tidak betul), tidak berbuah serta boleh menyebabkan kehadiran penyakit.

Selaian daripada itu, pembajaan yang tidak betul juga boleh akan pembaziran kerana baja yang diberi tidak dapat diambil dengan sepenuhnya oleh pokok. Ianya akan hilang menerusi larut lesap bersama air pengairan.  Empat perkara asas yang perlu tahu oleh semua peminat pokok tin adalah seperti berikut:

1. Nutrien yang diperlukan oleh tanaman
2. Jenis-jenis baja yang terdapat dipasaran
3. Keperluan baja mengikut peringkat pertumbuhan
4. Amalan pembajaan yang betul

Nutrien yang diperlukan oleh tanaman

Nutrien utama yang diperlukan oleh tanaman terbahagi kepada tiga iaitu nutrien utama (primary nutrients), nutrien sekonder (secondary nutriets) dan nutrien mikro.  Nutrien utama ialah N (nitrogen), P (fosforus) dan K (kalium).  Nutrien utama diperlukan oleh pokok pada kadar yang tinggi dan untuk pertumbuhan yang baik, nutrien ini hendaklah diberi.  Nutrien ini ialah kandungan utama baja yang terdapat dipasaran sekarang.

Selain daripada N, P dan K, nutrien lain yang diperlukan pada kuantiti yang agak banyak ialah kalsim (Ca), Magnes ium (Mg) dan sulphur (S). Nutrien ini lebih dkenali dengan nutrien sekonder (secondary nutrients).

Satu lagi lagi kumpulan nutrien yang diperlukan oleh pokok ialah nitrien mikro. Nutrien ini diperlukan pada kadar yang amat sedikit dan pada kebiasaanya sudah tersedia ada dalam tanah. Ketiaadaannya, walaupun boleh menghalang pokok untuk tumbuh dengan optimum. Untuk maklumat lanjut boleh lawat link dibawah ini.

Nutrien Makro / Mikro Dan Fungsi Dalam Pertumbuhan Pokok Tin

Jenis-jenis baja yang terdapat dipasaran

Jenis baja yang terdapat dipasaran pada umumnya diklaskan mengikut beberapa sifat baja tersebut seperti berikut:
1. Baja organik dan bukan organik (atau inorganik).
2. Bentuk baja tersebut - Baja pepejal (solid) atau baja cecair (liquid)
3. Tingkah laku baja - Contoh ada baja yang bersifat pembebasan nutrien adalah secara perlahan (slow release)
4. Kaedah pemberian baja - Pemberian pada akar atau semburan foliar

Kefahaman terhadap jenis-jenis baja ini penting kerana ianya akan menentukan jenis baja yang sesuai digunakan oleh tanaman bergantung kepada tahap pertumbuhan dan keperluan sumber nutrien pada masa berkenaan.  Ini bagi memastikan pokok dapat tumbuh subur dan mengeluarkan yang banyak dan berkualiti.  Maklumat lanjut berkenaan info ini boleh diperoleh dilink dibawah. 

Jenis-Jenis Baja Yang Terdapat Di Pasaran Untuk Pokok Tin

Keperluan baja mengikut peringkat pertumbuhan

Pokok memerlukan nutrien yang berlainan mengikut peringkat pertumbuhan pokok, sama ada peringkat anak benih yang dalam proses pemulihan, peringkat pertumbuhan (pembesaran) dan peringkat pengeluaran bunga dan buah.  Anak pokok pada peringkat pumulihan memerlukan baja lambat bebas nutrien (slow release fertilisers) dan umumnya dari kumpulan baja organik.  Pada peringkat pertumbuhan awal pokok perlu baja yang mengandungi N yang tinggi.  Sebaliknya pada peringkat berbunga dan pengeluaran, pokok memerlukan baja yang mengandungi K yang tinggi.  Maklumat lanjut berkenaan info ini boleh diperoleh dilink dibawah.

Peringkat Pertumbuhan & Pembajaan Pokok Tin

Amalan pembajaan yang betul

Amalan pembajaan yang juga sangat penting bagi mengelakkan perkara-perkara berlaku.
1. Kecederaan (toksisiti) pada tanaman dan seterusnya boleh menjejaskan pertumbuhan pokok
2. Keperluan baja bagi tanaman membesar tidak mencukupi
3. Pengambilan baja oleh tanaman tidak optimum dan banyak pembaziran nutrien yang lesap bersama air pengairan.

Maklumat lanjut berkenaan info ini boleh diperoleh dilink dibawah.

13 Tip Amalan Membaja Pokok Tin Bagi Penanaman Dalam Bekas (Containerised Planting)


Jom bersama kami di FB.. klik gambar ini..


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter