24 Apr 2015

Proses Pemulihan Anak Keratan Varieti Masui Dauphine (MD) Yang Dijangkiti Kulat

Oleh Tuan   ~

Dua minggu lepas Klinik Maya TOT telah menerima isyarat kecemasan daripada seorang yang ahli menyatakan masalah yang dihadapi oleh anak keratannya dan meminta bantuan segera. Ini ialah apa yang ceritakan oleh Pn. Nani Yaakub berkenaan masalah yang dihadapi dan proses pemulihan yang telah dibuat.

Jangkitan kulat pada batang dan
mata tunas baru

Fakta kes

Apa yang dilaporkan ialah beliau telah menyemai anak keratan Masui Dauphine dengan mengikuti SOP yang biasa diamalkan dalam proses percambahan keratan batang.  Sebelum disemai, beliau telah membuat rawatan racun kulat dan bahan penggalak akar.  Pada peringkat awal, pertumbuhan mata tunas adalah amat baik dengan tidak menunjukkan apa2 kesan.  Walau bagaimana apabila mata tunas dan pucuk baru terbentuk, daun yang lebih tua telah mula dijangkiti oleh kelapuk yang berwarna kelabu dan berdebu.  Daun yang lebih lama sudah mula mengecut dan bertukar menjadi gelap.   Gambar diatas telah diposkan ke Klinik Maya TOT untuk mendapatkan bantuan kepada pakar-pakar yang ada.

Pucuk baru yang tumbuh subur
setelah H2O2 digunakan untuk
rawatan jangkitan kulat

Pengesyoran rawatan oleh sifu

Semua pakar yang berkesempatan untuk memeriksa pokok yang bermasalah itu telah sepakat mengesahkan ianya disebabkan oleh kulat (fungus). Pengesyoran yang diberi ialah dengan menyapu kelaput kulat dengan hydrogen pereoxide (H2O2).  Pengesyoran tersebut telah diikuti dengan cermat dengan menyapu bahan setiap hari.  Diatas ialah pokok yang telah menerima rawatan membasmi kulat dengan sempurna selepas 2 minggu.  Pucuk baru yang segar dan bersih daripada jangkitan kulat telah terhasil.  Mata tunas yang terbentuk terlebih dahulu dan terkena jangkit fungus terus kering dan gugur.

Hyrogen peroxide 
(H2O2)

Pengajaran

Pastikan anak keratan batang atau tut sentiasa bersih daripada jangkitan kulat. Kulat yang terbentuk akan dengan mudah memudaratkan mata tunas baru. Pemantauan terhadap pertumbuhan anak benih hendaklah dibuat secara berkala.

Pembacaan berkaitan

Hydrogen Peroxide (H2O2) Sebagai Bahan Antimikrobial

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter