29 Apr 2015

Oleification (Proses Menyapu Minyak Pada Buah Tin) & Kemasakan Buah

Oleh Tuan   ~

Buah tin yang disapu minyak zaiton

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi satu laporan kajian yang dijalankan berkaitan dengan oleification.  Oleification ialah amalan melumurkan minyak zaiton pada mata buah tin dengan tujuan supaya proses kematangan dapat dipercepatkan. Saya difahamkan teknik ini telah diamalkan di Greece seawal kurun ketiga B.C. lagi.

Laporan ini ialah keputusan kajian kesan jenis minyak dan masa rawatan (oleification) bagi mempercepatkan proses kematangan buah tin. Dalam kajian ini tanaman breba varieti Masui Dauphine (MD) telah digunakan.

Keputusan kajian

1.  Oleification hendaklah dibuat pada masa tertentu sahaja. Masa yang terbaik ialah apabila buah telah mencapai 3.4 cm lebar iaitu pada peringkat akhir pertumbuhan kedua (Fasa II pembesaran).  Pada masa itu, warna buah mula bertukar dari kehijauan ke kekuningan dan mata mula membengkak.  Warna mata dan fruitlets bertukar dari merah jambu ke merah. 

2. Rawatan minyak sayur pada mata buah tin telah terbuki mempercepatkan kematangan buah.  Dalam masa 1-2 hari sahaja selepas rawatan, buah mula membesar dan dalam masa 6 hari sahaja buah bertukar warna sepenuhnya kepada warna buah matang berbanding dengan terus hijau bagi buah yang tidak menerima rawatan.  Buah yang dirawat adalah setanding dari segi saiz, kandungan gula dan asid berbanding dengan buah yang dibiarkan masak secara semula jadi.

3. Penggunaan minyak haiwan adalah tidak sebaik minyak sayur-sayuran.  Buah tin yang dirawat dengan minyak haiwan hanya matang selepas 8 hari.  

4. Penggunaan minyak mineral adalah tidak konsisten dan lebih inferior berbanding dengan minyak sayur atau minyak haiwan.

KESAN SAPUAN MINYAK ZAITON SEPERTI APA YANG 
KONGSI OLEH Sdr. Harris Zahari


Minyak zaiton yang digunakan

 Kesan pada hari pertama

 Kesan pada hari kedua

 Kesan pada hari ketiga


Satu cerita berkenaan minyak zaitun & kematangan buah dari pengalaman - Pn. Rafidah Haji Yusof

Nak cerita satu pengalaman yang belum pernah diceritakan kpd sesiapa pun bab olive oil & figs ni ...
Alkisahnya pada tahun 2014 ..... rasa teruja sangat melihat buah BT yg lebat berbanding dgn varieti2 lain yang ditanam pada waktu itu .... terperasanlah dengan tuan Malik Yusof yang duk sapu olive oil kat buah figsnya ... so kita pun tuang sikit di hujung jari sapu buah BT yg agak matang .... tengok di jari masih ada baki olive oil yang meleleh .... apa lagi kasi sapu laa baki buah2 yang ada atas pokok tu ...

Selepas beberapa waktu .... masa ni sudah terlupa pun bab sapu olive oil pada baki buah2 BT tu ... saya kehairanan kenapa buah2 itu bertukar warna lalu gugur satu2 .... mungkinkah kerana saya letak terlebih baja pada musim panaskah .... BT kali ini dah la tawar kecik2 pula ....

Lama jugalah saya duk fikir2 kenapa buah2 BT saya masak & gugur lebih kurang waktu yang sama sekali gus .... sampai saya teringat yang saya pernah lumur olive oil pada buah2 itu sebelum ini .... insaf juga la selepas itu .... hahaha bak anjing dgn bayang2nya .... Aduuusss ...

Dato/datin, tuan/puan, figgers sekalian .... moral of the story .... kalau bab FIGs ni SEMUA perkara kita kena bersabar hehehe termasuklah membaca cerita saya ini .... nak mohon MAAF awal2 yeee  tapi cerita saya ini memang kisah benar ...

Sapulah minyak zaitun pada buah yang sudah matang SAJA ... jgn jdi tamak haloba mcm saya  sapu buah2 yang tak matang juga kerana sayangkan minyak yang berlebihan di jari ....

Pengajaran dari cerita Pn. Rafidah

Minyak zaitun hanya boleh digunakan pada buah yang telah matang sahaja.

Catatan

Teknik ini telah dicuba oleh Sdr. Malik Yusuf dan Sdr. Harris Zahari dan memang dapat mempengaruhi kematangan buah.  Anda semua juga boleh cuba... Tak cuba tak tahu...


2 ulasan:
Write comments
  1. Minta pencerahan tentang ukuran 34cm @ 3.4cm pd.no 1 diatas..

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan... yang betul ialah 3.4 cm... akan dibaiki..

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter