10 Apr 2015

Nutrien Makro / Mikro Dan Fungsi Dalam Pertumbuhan Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Nutrient adalah sangat penting bagi pertumbuhan pokok disamping air dan cahaya matahari. Nutrient yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman terbahagi kepada dua iaitu Nutrien Makro dan Nutrien Mikro


Nutrien Makro (Macro Nutrients)

Nutrien makro ialah kumpulan nutrien yang digunakan oleh tanaman pada kadar yang agak banyak dan ianya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu nutrien utama (primary nutrients) dan nurient sokongan (secondary nutrients).

Nutrien Utama (Primary Nutrients)

Ini ialah nutrien utama yang biasanya berkurangan di dalam tanah dan hendak diberi untuk pertumbuhan yang baik.  Pengambilan nutrien ini dari tanah adalah sangat tinggi.  Nutrien2 tersebut adalah seperti berikut:

Nitrogen (N) - Nitrogen adalah sangat penting bagi semua benda hidup / komponen penting dalam protein, enzim, pembentukan klorofil dalam proses fotosynthesis.  Membantu mencepatkan pertumbuhan.  Sumber N ialah dari pemberian baja.

Phosphorus (P) - Juga penting proses photosnythesis / membantu pertumbuhan dan pembentukan akar dan pengeluaran bunga.  Sumber P ialah dari baja dan superphosphate.

Potassium (K) - Keperluan K oleh tanaman adalah terbanyak selepas N. Diperlukan untuk pembentukan protein, photosynthesis, pengeluaran bunga dan kualiti buah serta kawalan penyakit.  Sumber K ialah pembajaan.

Nutrien sokongan (Secondary Nutrients)

Pada kebiasaanya nutrien ini sudah ada didalam tanah dan tidak memerlukan penambahan sumber ini. Nutrien tersebut adalah seperti berikut:

Kalsium (Ca) - Ca ialah komponen utama struktur dinding sel. Sumber Ca ialah gypsum, superphospahte dan kapur dolomitic.

Magnesium (Mg) - Penting dalam proses photosynthesis dan pembentukan enzim.  Sumber Mg ialah bahan organik, batu kapur dan baja.

Sulfur (S) - Penting dalam proses photosynthesis, pembentukan enzim, pertumbuhan akar dan pertumbuhan secara umum.

Kandungan Ca dan Mg banyak diperoleh dari aktiviti peningkatan pH tanah. Suphur (S) banyak terdapat dalam proses penguraian bahan organik.

Nutrien Mikro (Micronutrients)

Nutrien mikro ialah unsur yang diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti yang sangat sedikit.   Nutrien ini kadangkala dikenali dengan unsur sureh (trace elements) atau unsur minor (minor elements).  Nutrien mikro utama yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok adalah seperti berikut:

Boron (B)
Copper (Cu)
Iron(Fe)
Chloride (Cl)
Manganese (Mn)
Molybdenum(Mo)
Zinc (Zn)

Bahan organik yang dikitar semula ke tanah adalah sumber terbaik sebagai sumber nutrien mikro untuk tanaman.

Penglabelan Kandungan Nutrien Bagi Baja

Baja yang terdapat di pasaran pada umumnya dalam bentuk sebatian dimana setiap ketulan baja akan mengandungi peratus baja N, P dan K yang telah ditetapkan.  Kadangkala nutrien lain seperti Mg, Ca dan nutrien mikro juga disertakan bersama.  Kadar nutrien selalunya disebut dengan nisbah NPK (NPK ratio).  Ini bermaksud berapakah peratus setiap nutrien yang terdapat dalam setiap granule baja tersebut.  Rujuk gambar dibawah sebagai contoh.

Baja ini mengandungi 21% N, 3% P dan 20% K.
Ini bermakna pada setiap 100 kg baja ianya
akan mengandungi 21 kg N, 3 kg P dan 20 kg K
(Ini ialah baja untuk pertumbuhan awal)



Baja ini mengandungi 15% N, 5% P, 30% K, 3% MgO 
& Nutrien micro. Ini bermakna pada setiap 100 kg baja ianya 
akan mengandungi 15 kg N, 5 kg P, 30 kg K, 3 kg MgO dan nutrien mikro
(Ini ialah baja untuk peringkat pengeluaran bunga dan buah)


Maklumat berkaitan

Jenis-Jenis Baja Yang Terdapat Di Pasaran Untuk Pokok Tin




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter