21 Apr 2015

Proses Pemulihan Anak Keratan Varieti Qinpii Yang Bermasalah

Oleh Tuan   ~

Menceritakan satu pengalaman Sdr. Basir Ahmad dalam menyemai dua keratan batang varieti Qingpi (varieti China).  

Masalah yang dihadapi

Pada peringkat awal pengeluaran awal pertumbuhan tunas baru adalah sangat memberangsangkan.  Mata tunas baru telah terebentuk pada setiap keratan. Walau bagaimana pun beberapa hari kemudian hujung tunas yang baru terbentuk mula mengering.   Tapi yang jelas, tiada pertumbuhan akar dan ini adalah punca yang menyebabkan kekeringan pucuk tersebut.  Air di dalam keratan tidak dapat diganti menerusi akar.  Semasa penyediaan untuk buat semaian keratan ini, ianya sudah direndam dalam Akuaroot dan racun kulat. 

Mengikut beliau, kemungkinan besar keadaan ini berlaku kerana dia membawa keluar keratan dari kotak pengwapan (inkubator) terlalu awal disebabkan sangat teruja apabila melihat mata tunas telah mula terbentuk.  Keratan yang tidak dirawat dengan sealant juga mungkin punca yang menyebabkan batang mudah menjadi kering.


Mata tunas yang terbentuk
mula mengering


Mata tunas yang terbentuk
mula mengering

Rawatan yang dibuat

Berdasarkan andaian ini beliau telah membuat rawatan pemulihan dengan meletakkan kembali ke dalam inkubator dalam 3-4 hari dan keluarkan dan diletakkan ditempat redup apabila ada nampak petunjuk ceding mula segar.  Bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan akar, beliau telah membuat semburan kabus dengan Chitosan B1 setiap hari.  Alhamdulillah pucuk yang terbentuk semakin pulih dan membesar.  Akar baru juga semakin banyak terbentuk.

Anak benih 2 minggu selepas proses
pemulihan

Pengajaran

Jangan tergesa-gesa mengeluarkan anak keratan yang mata tunasnya baru tumbuh sebelum akarnya tumbuh dengan baik.  Bahagian atas seharusnya dilumur sealant untuk meminumkan proses kehilangan air menerusi keratan.



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter