15 Apr 2015

Kes Toksisiti Racun Serangga Perosak - Daun Lecur Keseluruhannya

Oleh Tuan   ~

Fakta Kes

Dua hari lepas kami telah menerima satu posting ke Klinik Maya TOT bertanya berkenaan dengan masalah daun anak pokok beliau yang didapati melecur secara keseluruhanya dari pangkal sehingga ke hujung daun. Mengikut yang bertanya, kesan ini nampak selepas anak pokok beliau di sembur dengan racun perosak untuk menghapuskan serangan bena puteh dan juga baja foliar.


Rumusan Hasil Siasatan Klinik Maya TOT

Hasil dari sesi kauseling yang telah dibuat oleh sifu-sifu di TOT, mereka telah sahkan ianya disebabkan oleh bahan kimia yang disemburkan pada anak pokok tersebut. Kesan toksisiti baja yang diberi menerusi tanah adalah sangat berbeza. Kesan toksisti baja akibat pengambilan menerusi akar biasanya hangus / lecur dibahagian hujung daun sahaja.  Secara spesifik kesan ini terjadi kerana kepekatan bacuhan racun yang digunakan ialah lebih TIGA kali daripada apa yang disyorkan.

Pengesyoran

Berdasarkan kepada pengalaman ini saya ingin syorkan beberapa perkara terutama sekali bagi peminat baru pokok tin, yang tidak mempunyai banyak pokok dan ditanam dikawasan rumah sebagai hobi.

1.  Sebaikya elak guna racun serangga kimia untuk menyelesaikan masalah perosak di pokok anda.  Ada banyak pilihan bahan organik yang boleh digunakan.  Setengah serangga adalah memadai dengan semburan air sabun basuh sahaja, atau air cili api atau air bawang.  Untuk mudah, dapatkan sahaja bahan pembasmi organik yang banyak terdapat dipasaran pada masa ini.

2.  Bagi peringkat awal pertumbuhan pokok, penggunaan baja jenis organik juga yang terbaik.  Baja jenis tidak akan menyebabkan keracunan walaupun diberi secara berlebihan.  Disamping itu, baja organik ini juga dapat membantu membaiki kesihatan tanah (soil health) - lebih gembur, struktur yang baik untuk pengairan yang sempurna.  Antara baja organik yang boleh digunakan ialah tinja kambing dan baja kopi.  Baja kopi mengandungi sumber yang lengkap - N, P, K, Mg & unsur mikro lain.

Bacaan Tambahan

Jenis-Jenis Baja Yang Terdapat Di Pasaran Untuk Pokok Tin
Nutrien Makro / Mikro Dan Fungsi Dalam Pertumbuhan Pokok Tin
Racun Organik Untuk Kawalan Bena Puteh / Mealy Bugs (Planococcus citri)

Rujukan perbincangan di Grup TOT - Klik Disini


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter