12 Apr 2015

Jenis-Jenis Baja Yang Terdapat Di Pasaran Untuk Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Pada posting yang lepas, dalam siri baja dan pembajaan, saya telah berkongsi sedikit info berkenaan jenis nutrien yang diperlukan oleh tanaman dan sistem pelabelan kandungan nutrien di pembungkusan (bag atau botol).  Pada kali ini saya ingin berkongsi apakah jenis-jenis baja yang terdapat di pasaran.

Pada asasnya kita boleh kumpulkan jenis-jenis baja yang terdapat dipasaran mengikut beberapa kaedah. Kaedah tersebut ialah seperti berikut:

1.  Jenis baja - Baja organik dan bukan organik (atau inorganik).
2.  Bentuk baja tersebut - Baja pepejal (solid) atau baja cecair (liquid)
3.  Tingkah laku baja - Contoh ada baja yang bersifat pembebasan nutrien adalah secara perlahan (slow release)
4.  Kaedah pemberian baja - Pemberian pada akar atau semburan foliar

Baja organik Vs Baja Bukan Organik

Baja organik ialah baja yang terdapat secara semula jadi dan tidak melalui proses kimia dalam penghasilan produk berkenaan.  Bahan mentah dari sumber asli biasanya mengalami proses fizikal sahaja seperti menghancurkannya agar mudah diambil oleh tanaman.  Antara bahan organik yang banyak terdapat dipasaran ialah tinja kambing, tinja ayam, guano kelawar dan kompos (termasuk vermicompost).  Bahan lain yang diklaskan sebagai baja organik ialah serbuk darah, serbuk tulang, serbuk ikan dan rumpai laut.  Baja jenis organik biasanya mengandungi sumber nutrien yang rendah, mesra alam, baik kepada tanaman (tidak berbahaya) dan menghasilkan kesan yang baik bagi tanah dalam jangka masa panjang.  Pada keadaan biasa, keperluan sumber nutrien adalah tidak memadai tanpa bantuan baja tidak organik.

Baja najis kambing tidak memudaratkan
walau pun terbanyak.  Baja najis kambing
disini digunakan sebagai mulching

Baja sebatian tidak organik

Sebaliknya baja tak organik ialah baja buatan manusia dan biasanya dipasarkan dalam bentuk serbuk, pellet, granule atau cecair.  Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman (tanaman yang berbeza memerlukan jumlah nutrien yang berbeza) dan juga peringkat pertumbuhan pokok.  Anak pokok yang sedang dalam pertumbuhan yang aktif memerlukan sumber baja N yang lebih tinggi. Sebaliknya formulasi baja bagi pokok yang mula berbunga dan berbuah pula memerlukan sumber K yang lebih tinggi.  Kadar pemberian baja tak organik hendaklah tepat kerana ianya boleh toksik kepada tanaman jika diberi secara berlebihan.  Berbanding dengan baja organik, pemberian baja tak organik secara berterusan dalam jangka masa yang lama boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan tanah.  Tanah akan menjadi keras dan struktur yang padat.   Sehubungan dengan itu, usaha pemulihan tanah hendaklah dibuat secara berkala.

Satu lagi jenis baja banyak terdapat dipasaran ialah banyak organik yang telah diperkayakan dengan nutrien dari sumber yang tak organik.  Baja jenis ini biasa dibangunkan berasaskan sumber organik semula jadi seperti humus.  Antara baja jenis ini yang sangat popular diantara pekebun ialah apa yang dinamakan baja kopi.  Baja ini dipanggil baja kopi kerana iannya berbau dan rupa bentuk semacam serbuk kopi.  Nama dagangan sebenar baja jenis ini ialah Complehumus yang diimport dari Jepun.  Nisbah nutrien bagi baja kopi ini ialah N:P:K:MgO = 8:8:8:3.

Bentuk Baja - Pepajal atau Cecair

Baja yang terdapat dipasaran adalah dalam bentuk pepejal atau cecair. Kebanyakkannya (dalam 90%) adalah bentuk pepejal kerana ianya lebih mudah untuk dekendalikan semasa penganngkutan dan penyimpanan.  Kebanyakkan baja pepejal adalah bentuk serbuk (powder) dan granule.

Baja cecair pada kebiasaannya dalam bentuk anhydrous ammonia, cecair aqeous ammonia, ammonia nitrat dan urea.  Baja cecair pekat ini kemudian dilarut dengan air untuk menghasilkan larutan baja pada kepekatan tertentu.  Seperti juga baja bentuk pepejal, baja jenis cecair juga mempunyai formulasi berlainan bergantung kepada jenis tanaman dan peringkat pertumbuhan tanaman.  Baja cecair adalah baik kerana ianya boleh terus diambil oleh akar.  Walau bagaimana baja cecair memerlukan jarak pemberian baja lebih singkat terutama sekali bagi tanah yang berpasir.  Kehilangan baja menerusi larut lesap adalah tinggi jika pegawalan teliti tidak diatur.

Ada setengah baja dipasarkan dalam bentuk pepejal (serbuk), hendaklah dilarut terlebih air sebelum digunakan.

Baja ini dipasar sebagai pepejal dan hendklah dilarut di dalam
air terlebih dahulu sebelum digunakan.  Larutan ini boleh 
digunakan sebagai semburan daun atau disiram pada tanah

Bentuk Tindakan Baja - Baja Jenis Pelepasan Perlahan (Slow Release)

Ada setengah baja dirumus khas untuk memastikan nutrien yang terdapat pada granule atau ketulan baja tersebat dibebas secara perlahan.  Baja jenis dapat adalah sangat sesuai bagi tanah yang berpasir kerana dengan penggunaannya boleh mengurangkan masalah larut lesap baja semasa pengairan

Ini ialah baja Kokei Nuggets. Kandungan nutrien ialah
N:P:K+ unsur surh = 7 : 7 : 7 + nutrien mikro. Baja ini 
boleh kekal sebagai pembekal nutrien selama 2-3 bulan
bergantung kepada jenis media/jenis tanah & amalan pengairan.

Penggunaan baja jenis ini akan mengurangkan masalah lecur akibat toksisiti baja kerana nutrien yang dibebas adalah sangat sedikit pada sesuatu masa tertentu.

Kaedah Pemberian Baja

Baja juga boleh kumpulkan berdasarkan kepada bagaimana ianya digunakan. Sumber nutrien dari kebanyakkan baja diambil oleh tanaman menerusi akar. Baja yang diberi ini adalah dalam dua bentuk iaitu sebagai cecair atau pepejal. Sebahagian jenis lain ialah diberi dengan menyembur pada permukaan daun. Penyerapan sumber nutrien adalah menerusi stomata dan lapisan epidermis sel.  

Pemberian baja foliar

Catatan

Kesemua baja ini mempunyai kebaikan dan keburukkan masing-masing. Anda semua harus tahu keperluan tanaman anda yang mana berhubung kait dan dengan  peringkat pertumbuhan tanaman, sifat media dan sistem pengairan yang diamalkan.

Maklumat berkaitan

Nutrien Makro / Mikro Dan Fungsi Dalam Pertumbuhan Pokok Tin


.... akan bersambung dengan penggunaan jenis baja mengikut pertumbuhan pokok di dalam penulisan seterusnya.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter