17 Apr 2015

Hydropot Untuk Pokok Tin - Do It Yourself (DIY)

Oleh Tuan   ~

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi kaedah membuat hydropot. Hydropot ini boleh digunakan untuk penanaman pokok tin. Hydropot DIY ini dikongsi oleh Yeny Jufri Yen


Peralatan yang diperlukan untuk 
membuat hydropot


Sediakan baldi dan raga. Pastikan raga betul2 sama 
saiz dengan baldi seperti gambar.  Ketinggian 
raga mesti rendah dari baldi.


Cara membuat paip untuk menambah air baja atau air biasa... 
Ambil batang paip. Ukur melebihi baldi
dan tanda dengan maker pen. Potong menggunakan gergaji....


Cara membuat lubang untuk aliran air baja yg berlebihan...
Ambil raga dan baldi telangkupkan kedua2nya seperti gambar A
Ambil pembaris dan tanda dengan maker pen untuk menanda ketinggian lubang yang akan di tebuk pada baldi seperti contoh B. 
Tebuk lubang dengan pembuka susu yg telah dipanaskan pada api seperti contoh C...ingat tebuk lubang kecik saja jangan terlalu besar... nak tebuk guna paku pun boleh iaitu dengan mengetuk paku pada baldi supaya berlubang..


Ambil raga....
gunting raga seperti yg bertanda kuning untuk memasukkan span dan paip
buat 3 lubang... lubang pertama kecil sedikit untuk memasukkan paip...
Lubang span gunting selari seperti contoh di atas

Cara memasukkan span aquarium....span mesti dilebihkan 
supaya dapat menyerap air baja ke pokok...


Masukkan batang paip, span dan raga dalam baldi.....dah siap....
bolehlah masukkan cocopeat, air ataupun air baja dan tanam pokok yg disukai...selamat mencuba...


Ingat bila air baja di tuang ke dalam baldi melebihi paras lubang...air akan keluar menandakan air baja sudah terlebih isi...jd berhenti menuang air baja cukup sekadar tidak melebihi paras lubang... Tutup lubang paip dgn penutup air mineral water dan tutup juga lubang dibahagian bawah dgn tape tujuannya utk memastikan nyamuk tidak membiak di dalam air...jika air baja dah kurang tambah dan buka kedua2 lubang dan tutup semula....


Beberapa Hydropot yg dah saya siapkan...
tunggu masa nak tanam pokok jer


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter