27 Apr 2015

Cara Mudah Membuat Semaian Keratan Batang Segar Dari Pokok Induk Sendiri

Oleh Tuan   ~

Sebagai peminat pokok tin, walaupun pada peringkat awal ramai yang bermula dengan anak polybag sebagai bahan tanaman, ada tidak dapat lari dengan membiak sendiri dari pokok induk yang kita ada kerana ini ialah cara untuk kita menambah stok bahan tanaman sama ada untuk tanaman sendiri, membuat pertukaran varieti dengan kawan ataupun untuk jualan. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah teknik tut dan keratan dahan.

Padi kali ini saya ingin berkongsi satu teknik membiak bahan tanaman pokok tin dengan dahan keratan batang.  Kaedah mudah ini telah dikongsi oleh Sdr. Malik Yusof.  Selamat mencuba.

Keratan direndam dalam Akuaroot semalaman 
(rendam lebih kurang 2-3 inci)

Di rendam dalam air biasa & ditukar setiap hari
selama 1 minggu


Selepas 6-8 hari, bintil-bintil akar mula terbentuk


Pucuk baru keluar dan mular setelah dipindahkan
dalam bekas semaian yang mengandungi
media yang bersesuaian

Bahan dan Kaedah

1. Potong satu dahan dari pokok dan rendam dalam botol gelap dengan larutan aukaroot semalaman.  Pilihlah dahan telah matang (berwarna kelabu)

2. Keluarkan dan kosongkan larutan akuaroot dari botol dan gantikan dengan air paip biasa.

3. Ulang proses dalam satu minggu dengan menggantikan air dengan yang baru setiap pagi.  Pada hari ke 6-8, biasanya daun akan gugur.  Bintil-bintil akar juga akan mula terbentuk

4. Potong sedikit bahagian pucuk atau sebahagian atas keratan jika terlalu panjang.  Bahagian dahan ranting yang dipotong hendaklah disapu dengan sealant atau lilin.  Tujuan sealant ini ialah untuk mengurangkan pengwapan menerusi batang dan jangkitan penyakit & serangan perosak.

4. Keluarkan dari botol masukan kedalam cawan plastik yang mengandungi media yang bersesuaian.  Tempatkan di kawasan yang tidak kena cahaya matahari secara langsung walaupun matahari pagi. Sembur dengan larutan B-1 chitosan pagi, tengah hari dan petang jika perlu.

5.  Proses hardening tak perlu dibuat kerana dalam proses semaian cara sebegini hardening sudah terjadi dengan sendirinya dari mula.

Catitan

Varieti ‪Flanders‬ telah digunakan dalam penilaian teknik ini diatas.


1 ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter