19 Apr 2015

Adakah Media Lama Seperti Cocopeat & Sekam Bakar Boleh Di Guna Semula?

Oleh Tuan   ~

Cocopeat

Sekam padi


Sedikit info tentang media dalam polybag yangg telah diguna dan dikitar semula untuk semaian baru.

1. Media tanaman seperti coco peat dan sekam padi bakar boleh digunakan berkali-kali dan berulang kali musim penanaman. Sebagai contoh ada pengusaha menggunakan coco peat sehingga 12 kali musim penanaman cili iaitu 6 tahun, masih lagi menggunakan media lama. Manakala sekam padi bakar boleh digunakan sehingga 4 musim penanaman cili.

2. Media coco peat dan sekam padi bakar ini akan mereput menjadi kompos dan susut di dalam polibeg. Apa yang perlu kita lakukan adalah tambahkan sahaja media baru di dalam polibag.

3. Apabila kita hendak memulakan musim penanaman baru atau musim kedua, kita hanya perlu membuat rawatan media di dalam polibeg sahaja.

4. Cara rawatan adalah seperti berikut:

– Buangkan sisa tanaman musim pertama.
– Alirkan air kosong ke dalam polibeg sehingga air melimpah melalui lubang air lebihan atau kaedah ini kita panggil flushing.
– Kemudian ambil racun kulat seperti previcur N dan jirus ke dalam setiap polibeg
– Dalam tempoh 24 jam penanaman boleh terus dilakukan.

Rawatan diatas dibaut tanpa perlu mengeluarkan media di dalam polibeg. Kerja-kerja mengisi media ke dalam polibeg adalah kerja paling rumit sekali di dalam penanaman secara fertigsi.

Dengan rawatan yang bersesuaian, media lama adalah lebih baik daripada media baru kerana media lama telah mengandungi sedikit kompos dan baja daripada musim pertama.

Dalam keadaan kos media yang sentiasa bertambah, teknik ini boleh menjimatkan kos untuk membeli media dan tenaga kerja untuk mengisi ke dalam polybag berkenaan.  Pengusaha hanya perlu menambah sahaja setiap kali musim penanaman.

Sumber : MyAgri.com.my

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter