18 Mac 2015

Kaedah Penyediaan Stok Baja Pekat Fertigasi A dan B

Oleh Tuan   ~


Penyediaan stok baja fertigasi A & B

Pada masa musim kemarau yang memanjang seperti sekarang ini, sistem pengairan yang bersesuaian adalah penting bagi memastikan tanaman pokok tin mendapat air yang optimum dan seterusnya pertumbuhan yang maksimum. Antara sistem pengairan yang disyorkan bagi tanaman pokok tin ialah sistem pengairan titis atau drip.  Sistem ini adalah amat sesuai khususnya bagi pokok tin kerana air yang diberi tidak terkena bahagian daun pokok.  Antara kebaikan lain sistem pengairan titis ialah skedul pengairan pengairan boleh dijadualkan secara otomatik.

Selain daripada itu, sistem pembajaan juga boleh diatur secara otomatik dengan memberi bersama dengan air pengairan.  Disini saya ingin berkongsi langkah-langkah penyediaan baja campuran fertigasi seperti yang disyorkan oleh Marzuki Safiee (at my-fertigasi).  Contoh ini ialah untuk set baja fertigasi AB bagi 100 liter baja pekat.

A. Penyediaan baja pekat fertigasi A dan B

1. Sediakan set baja fertigasi AB 100 liter
2. Isikan air ke dalam tong baja pekat A dan B sebanyak 100 liter
3. Masukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam tong baja pekat A dan
B masing-masing yang diisi dengan air
4. Bancuh campuran dalam tong baja A dan B hingga larut sepenuhnya
5. Stok baja pekat A dan B sedia untuk digunakan

B. Penyediaan baja fertigasi untuk digunakan ke pokok

1. Sediakan tangki/tong air baja
2. Masukkan air ke dalam tangki/tong air baja
3. Campurkan baja pekat A mengikut kadar yang diperlukan ke dalam
tangki/tong baja dan kacau campuran tersebut.
4. Campurkan baja pekat B dengan kuantiti yang sama ke dalam tangki/tong
baja dan kacau campuran tersebut.
5. Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan

Kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter

1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air)
1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air)
1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air)
1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air)
1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air)
1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air)
1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air)

Pautan rujukan

my-fertigasi

1 ulasan:
Write comments
  1. 3 ml ab = 1 litre air tu maksudnya 1.5 ml a dan 1.5 ml b ke? Atau 3 ml a dan 3 ml b? Kurang faham

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter