16 Mac 2015

Koleksi Genus Ficus - Ficus roxburghii (Pokok Angkasawan)

Oleh Tuan   ~

Pada masa ini minat masyarakat Malaysia terhadap pokok tin didapati meningkat begitu mendadak sekali dan ini boleh dilihat dari segi pertambahan keahlian di grup FB yang berkaitan dengan pokok tin (Ficus carica) ini.  Ini mungkin berhubung kait dengan beberapa dokumentari dan rencana berkenaan pokok ini dimedia masa tempatan.  Dalam keghairahan tersebut, ramai yang bertanya adakah pokok tin itu sama dengan pokok-pokok ara yang banyak ditanam sebagai tanaman landskap di negara kita.  Buah pokok ara juga masak merah dan bentuk buah hampir sama dengan pokok tin yang banyak disiarkan dalam media-media masa. 

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya cuba mendapatkan maklumat berkenaan spesis-spesis Ficus tersebut dan berkongsi disini.  Pada posting kali ini, saya ingin memaparkan maklumat berkenaan sejenis pokok ara / pokok tin yang dikongsi oleh Prof. Dr. Mohd Safar Hasim.  Mengikut Prof. Dr. Safar, pokok ini banyak ditanam sebagai tanaman landskap di kampus Universiti Kebangsaan Bangi.

Nama saitifik :
Ficus roxburghii 

Nama tempatan :
Pokok ara, Roxburgh Fig atau Pokok Angkasawan (Nama ini diberi sempena XXIII Annual Planetary Congress - Association of Space Explorers (ASE), Oktober 2010)

Asal:
Indo-China



Sifat pertumbuhan pokok


Daun


Buah masak merah


Buah terhasil secara berjambak

Buah

Buah yang masak ranum akan
menghasil nektar


Buah boleh dimakan, tapi rasanya tidak 
sedap berbanding dengan buah tin biasa (F. carica)

Penghargaan

Terima kasih kepada Prof Dr. Mohd Safar Hasim yang telah berkongsi maklumat serta gambar bagi penulisan ini.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter