14 Mac 2015

Siri Maklumat Pokok Tin No. 2 : 5 Tip Penting Bagi Mereka Yang Mula Hendak Berjinak Dengan Pokok Tin

Oleh Tuan   ~


Selepas siaran Dokumentari berkenaan pokok tin dalam program Majalah 3 (Keluaran TV3) pada 23 Febuari 2015, saya dapati minat masyarakat umum berkenaan tanaman ini didapati meningkat.  Saya difahamkan jualan bahan tanaman didapati meningkat dengan ketara sekali.  Ini juga boleh dilihat pada kehadiran ahli-ahli baru yang berminat dengan pokok tin ini di grup FB seperti grup FB Tin Oh Tin.
Sebagai panduan bagi semua peminat baru pokok tin, bersama ini saya senaraikan beberapa perkara yang harus anda beri perhatian sebelum anda memulakan hobi yang menyeronokkan ini.

1.  Pilih varieti yang betul

Anda seharusnya memilih varieti yang bersesuaian dengan kemahiran yang ada pada anda.  Pada masa ini lebih 700 varieti telah dibawa masukkan oleh pengumpul-pengumpul (collector) pokok tin di Malaysia. Sebahagiannya masih dalam peringkat ujian dan sebahagiannya didapati dapat menyesuaikan diri dengan baik dan telah disyorkan untuk penanaman.  Dari jumlah tersebut jumlah varieti yang banyak diusakan oleh peminat pokok tin ialah dalam lingkungan 30 sahaja.  Walau bagaimanapun bagi peminat baru sebanyak 5 - 10 telah disyorkan. Varieti-varieti ini adalah varieti yang tahan lasak, cepat berbuah, hasil yang tinggi dan rasa buah yang baik.  Senarai varieti tersebut adalah seperti dalam capaian ini:
VARIETI POKOK TIN YANG DISYORKAN UNTUK "NEWBIES"

2.  Pilih anak pokok yang sudah stabil

Dipasaran pada masa ini, pelbagai jenis bahan tanaman ada dijual.  Jenis-jenis tersebut ialah anak benih dalam polibag, keratan anak tut, anak keratan ranting atau ranting yang potong dari pokok induk.  Jenis bahan tanaman ini memerlukan kemahiran yang berbeza dalam memastikan ianya tumbuh subur dan dapat mengeluarkan buah yang berkualiti seperti yang diharapkan.  Untuk maklumat lanjut anda boleh apa yang dincang dalam capaian ini.
JENIS BAHAN TANAMAN (PLANTING MATERIALS) POKOK TIN

3.  Pilih anak benih yang berkualiti

Dalam keghairahan untuk membeli bahan tanaman yang diperlukan untuk memulakan aktiviti yang menyeronokkan ini, kadangkala peminat buah tin terlupa hendak mengambilkira hal-hal yang berkaitan dengan kualiti pokok tin ini.  Kemungkinan juga peminat baru tidak berapa faham apakah caranya untuk menilai bahan tanaman dari segi kualitinya.  Bahan tanaman yang baik biasanya akan cepat puleh dan membesar serta menghasil buah dengan cepat.  Kriteria-kriteria yang boleh digunakan dalam menentukan kualiti bahan tanaman yang ingin dibelikan adalah seperti berikut:
9 TIP PENTING SEMASA MEMBELI ANAK BENIH POKOK TIN

4.  Pilih bekas tanaman yang bersesuain

Bagi pokok tin, penaman ada dua pilihan iaitu menanam di atas tanah dengan kawasan adalah terbuka dan penanaman dalam bekas (atau container).  Untuk ini saya syorkan anda peminat menanam didalam bekas tanaman dan bukan bukan diatas tanah.  Pada masa ini, pengusaha komersial pun telah mengusahakan tanaman pokok tin ini dalam bekas.  Dengan menanam didalam bekas, kita boleh tentukan media apakah yang ingin digunakan yang bersesuaian dan kemudahan dan kemahiran yang ada pada kita.  Bekas tanaman ini ada pelbagai jenis bermula sama ada polybag atau pasu (jenis plastik atau tanah) yang pelbagai saiz, kulvert konkrit atau bekas takung yang dibina khusus.  Anda semua boleh semak jenis bekas tanaman yang boleh dipilih seperti apa yang dibincangkan dalam penulisan ini:
BEKAS TANAMAN (CONTAINER) UNTUK PENANAMAN POKOK TIN

5.  Guna media tanaman yang sesuai

Perkara yang penting peminat baru pokok tin harus faham ialah media tanaman yang ingin digunakan kerana pada media inilah pokok tin yang akan ditanam harus membesar atau sebaliknya.  Pokok tin pada asasnya sangat sensitif pada air yang bertakung walau dalam jangka masa waktu yang singkat.  Media yang baik seharusnya mempunyai saliran yang baik, dapat memegang air dan nutrien untuk pertumbuhan tanaman dan bebas dari sumber penyakit dan perosak.  Maklumat berkaitan dengan media pilihan yang boleh digunakan adalah seperti capaian dibawah:
MEDIA PILIHAN UNTUK PENANAMAN POKOK TIN DALAM BEKAS (CONTAINERISED PLANTING)

Catatan:

Untuk maklumat lanjut berkenaan satu-satu topik diatas, sila klik pada tajuk (yang berhuruf besar) yang disertakan bersama nya.

3 ulasan:
Write comments
  1. Saya sedang menanam pokok tin black genoa. Boleh saya tahu baja apa yang sesuai digunakan? Saya tanam di atas tanah. Pokok baru tinggi 15cm. Oh ye...saya dari Melbourne.

    BalasPadam
  2. Sha..
    Seperti yang telah saya nyatakan dalam posting saya diatas.. yang terpenting pastikan tempat yang Sha tanam tidak menyebabkan air bertakung, tanah peroi & kandungan bahan organik yang tinggi.

    Baja:
    1) Peringkat pertumbuhan ... berikan baja organik (banyak yang terdapat dipasaran) dan jenis baja daun. Baja jenis ini mempunyai kandungan nutrien yang seimbang N:P:K:Ca=15:15:15:15 (sebagai contoh)

    2) Peringkat pengeluaran buah (selepas 6-7 bulan). Bagi organik + baja jenis untuk bunga/buah. Baja jenis ini mengandungi K yang tinggi. N:P:K:Ca=7:7:21:7 (sebagai contoh)

    Harap penanaman anda berhasil & selalulah update kemajuan pokok anda disini.

    Terima kasih

    BalasPadam
  3. As Salam Tn Musa, saya memang peminat tuan. Nak tanya berapa banyak air perlu diberi kepada pokok tin dalam pot, polybag dan pasu.

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter