18 Feb 2015

5 Varieti Pokok Tin Sesuai Untuk "Newbies"

Oleh Tuan   ~

Minggu lepas saya sempat bertanya dengan sifu-sifu di grup FB berkenaan apakah 5 varieti pokok tin yang seharusnya dipilih bagi mereka yang mahu mula menanaman pokok tin sebagai hobi.  Sebagai orang baru yang tidak mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok tin dan teruja untuk mencuba hasil usaha dari pokok sendiri, beberapa kriteria dalam pengsyoran varieti yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:


1.  Varieti yang dicadangkan seharus tahan lasak dan mudah serasi dengan perubahan amalan pengurusan pokok (maklumlah sebagai orang baru, banyak kerenah yang berkaitan dengan pokok tin masih belum difahami).

2.  Varieti yang dipilih juga seharusnya cepat berbuah, hasil yang banyak dan boleh masak dengan baik (tidak mudah gugur).  Kriteria ini juga penting kerana semua peminat baru tidak sabar untuk merasai buah hasil daripada tanaman sendir.

3.  Buah yang pelbagai bentuk dan warna.  Ini boleh memberi kepuasan kepada peminat yang menamannya sambil-sambil menunggu yang terhasil masak dan dirasai.

Berdasarkan kepada kriteria-kriteria diatas, sifu-sifu pokok tin telah mengesyorkan varieti-varieti berikut.

1. Taiwan Golden Fig (TGF), Taiwan Golden Fig Jumbo atau Black Jack (Buah merah)


Taiwan Golden Fig (TGF)

Maklumat lanjut berkenaan varieti ini: 


2.  Masui Dauphine (MD) atau MDA (Buah Merah)


Masui Dauphine (MD)

Maklumat lanjut berkenaan varieti ini:
http://my-fig.blogspot.com/2014/11/varieti-masui-dauphine-md.html


3. Green Jordan atau Conadria (Buah hijau)


Green Jordan


Conadria

Maklumat lanjut berkenaan varieti ini:
http://my-fig.blogspot.com/2015/01/varieti-pokok-tin-conadria.html


4. Purple Jordan (Kulit masak coklat kehijauan)


Purple Jordan

Maklumat lanjut berkenaan varieti ini: 
http://my-fig.blogspot.com/2014/10/varieti-purple-jordan.html


5. Brown Turkey (Buah coklat ), IBT atau BTM6 (Merah kekuningan / Hijau)


Brown Turkey Hybrid

Maklumat lanjut berkenaan varieti ini: 


Penghargaan

Ribuan terima kepada semua yang telah memberi sumbangan dalam penulisan ini - Maizah Jalil, M Yusuf Harun, Redland-FigCarica Pokok Tin, Zeon Zee, De La Paragonia Ficus, Yusuh Mattais dan lain-lain.

2 ulasan:
Write comments
Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter