5 Feb 2015

Teknik Torehan Kulit Untuk Mempercepat Mata Tunas Membesar Bagi Pokok Tin

Oleh Tuan   ~


Torehan/keratan pada bahagian atas mata tunas
yang sedang membesar.

Kita sudah sedia maklum amalan pemangkasan pucuk dengan tujuan memberhentikan pertumbuhan terminal (terminal growth) adalah satu kemestian dalam penanaman pokok tin.  Dengan membuat pemangkasan pucuk (dalam bahasa Figger Malaysia dipanggil bersunat) dibuat pada apabila pokok telah mencapai ketinggian 2-3 kaki.  Amalan ini akan menggalakkan pertumbuhan ceding baru dan membesar sebagai dahan utama untuk penghasilan buah apabila ceding-ceding besar dan matang.

Satu lagi teknik untuk mengalakkan pertumbuhan ceding yang saya sempat ambil dalam satu perbincangan di group Telegram Pokok Tin Malaysia tidak lama dahulu ialah dengan membuat torehan / keratan pada bahagian atas mata tunas yang baru terbentuk.  Kaedah ini dilaporkan dapat menjadikan mata tunas membesar dengan lebih cepat berbanding dengan mata-mata tunas lain yang terbentuk. Kaedah ini agak berguna dalam membuat perancangan pembentukan struktur pertumbuhan yang diinginkan.  Kita boleh merancang tunas mana yang ingin dibesarkan terlebih dahulu berbanding dengan yang lain.

Pada pandangan saya, teori disebalik torehan / keratan tersebut ialah untuk menghadkan pergerakan nutrient yang diambil oleh akar ke bahagian atas mata tunas yang ditoreh tadi.  Nutrient yang terkumpul dibawah torehan akan menjadi sumber nutrien untuk pertumbuhan mata tunas dengan lebih cepat.

Bahan bacaan berkaitan

Apakah Tujuan Pemangkasan Pucuk (Bersunat)
Pokok Tin Perlu Dipangkas Untuk Pertumbuhan Optimum

Catatan:

Info ini telah dikongsi oleh Haslinda & LP Farm di dalam Grup Telegram Pokok Tin Malaysia tidak lama dulu.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter