4 Feb 2015

Teknik Pengakaran Keratan Pokok Tin - Cara Tuan Malik Yusuf

Oleh Tuan   ~

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi teknik pengakaran pokok tin yang dikongsikan oleh Malik Yusof.  Mengikut beliau, teknik ini adalah mudah dan sangat sesuai bagi mereka yang kurang mahir dalam kaedah pengakaran batang pokok tin.


Batang yang telah ditoreskan dengan pisau
(sebanyak 3 toresan sepanjang 2 cm dibuat)

Akar yang tumbuh ditempat torehan 
(Gambar : Boes AbiRoy)



Pot yang telah disemai dengan 
keratan dibalut dengan plastik selama 7-8 hari


Mata tunas yang telah terhasil mula membesar

Bahan yang diperlukan

1.  Keratan batang yang matang. Keratan yang baik adalah lebih kurang 1-2 cm garis pusat dan mempunyai 6-8 mata tunas.

2.  Bahan penggalak akar Atonik / Racun kulat / plant sealer (atau lilin)

3.  Media semaian. Media yang disyorkan ialah campuran 60% perlite dan 40% media pra-campur (Media 6 dalam 1) atau tanah hitam biasa, sedikit zeolite dan baja bokashi (jika ada).

4.  Bekas semaian anak benih (pot plastik).

5.  Bag plastik

Cara-caranya

1.  Rendam keratan dalam racun kulat 5-6 jam. Antara racun kulat yang boleh digunakan ialah racun kulat Thiram,  Sri Organik dll.  Kadar penggunaan adalah seperti yang disyorkan.  Masukkan 1 atau 2 titik larutan Atonik ke dalam larutan racun kulat.
Amalan Tuan Malik Yusof:
- Racun kulat (Thiram), 1 sudu makan bagi 2 liter air bersih (hendaklah dikacau setiap 2 jam) atau
- Racun Sri Organik - 2 penutup bagi 2 liter air)

2.  Toreskan 3 garisan sepanjang lebih kurang 2 cm dengan pisau pada kulit keratan dari atas ke bawah dan sapukan sedikit cecair Clonex Purple di kawasan keratan.

3.  Bahagian atas keratan hendaklah disapu dengan plant sealer atau lilin (gincu pun boleh) bagi mengelakkan jangkitan kulat, serangan serangga perosak dan mengurangkan kadar kehilangan air menerusi batang.

4.  Isikan bekas semaian (pot plastik) dengan satu lapisan media di bahagian bawah pot.  Letakkan keratan ditengah dan penuhkan pot dengan media. Tekan dengan 3-4 jari ditepi keliling keratan agar ianya menjadi tegap dan tidak goyang. Siramkan dengan air lebihan rendaman.  Sejatkan sehingga tiada lagi air yang menitis.

5.  Masukan bekas semaian (pot plastik) ke dalam bag plastik gelap, ikat dan simpan disatu tempat yang teduh untuk proses pengewapan.

6.  Biarkan selama 7-10 hari tanpa disentuh, dibuka atau diubah walaupun sesaat.

7.  Selepas 7-10 hari buka perlahan-lahan ikatan plastik tadi. Buat pemerhatian terhadap kehadiran kulat.  Jika ada, sapu kawasan jangkitan dengan menggunakan racun kulat.  Tutup serta merta dan ikat balik.

8.  Buat pemerhatian pada pembesaran tunas selepas 2-3 minggu.  Jika ianya membesar, ini bermakna peringkat pertama proses pengakaran telah berjaya dihasikan.

9.  Buka ikatan plastik bag dan biarkan 2-3 hari sebelum pasu diangkat keluar untuk disimpan ditempat teduh dan proses penyesuaian anak benih tersebut (proses hardening).

10. Mulakan dengan pendedahan kepada matahari pagi selama 2-3 jam sebelum dipindah semula ke tempat teduh semula.  Amalkan proses ini buat beberapa hari.

11.  Seterusnya perlahan-lahan ubah ke tempat yang mendapat cahaya matahari yang lebih panjang masanya.

Selamat Mencuba....

Bahan bacaan berkaitan

Proses Penyesuaian (Hardening) Anak Semaian Pokok Tin

3 ulasan:
Write comments
  1. salam tuan. kalau guna keratan sahaja tanpa dicelup dengan bahan-bahan itu boleh hidup tak?

    BalasPadam
  2. As salam.
    Berapa kah harga satu keratan anak pokok tin yg tuan jual. Boleh tuan hubungi saya email ibrahim8900@yahoo.com
    terima kasih.

    BalasPadam
  3. Terima kasih tuan, saya lagi belajar banyak tentang tin website ini, bagus webnya :)

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter