1 Feb 2015

Perosak Pokok Tin - Siput Babi (Achatina fulica)

Oleh Tuan   ~

Siput babi dewasa

Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan.  Ianya berbeza dengan siput akuatik kerana ianya menggunakan paru-paru untuk bernafas.  Panjang siput babi dewasa adalah sekitar 10 - 12 cm panjang dengan berat antara 100 - 120 gm. Ianya adalah haiwan hemafrodit di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika.


Kesan serangan siput babi pada kulit batang


Kesan serangan siput babi pada kulit batang

Kerosakkan pada tanaman

Siput babi ialah sejenis haiwan nokturnal (aktif waktu malam). Siput babi seringkali dianggap sebagai perosak kepada tanaman kerana ianya memakan batang dan daun-daun lembut bagi tanaman sayur-sayuran seperti sawi, lobak dan lain-lain.

Bagi tanaman pokok tin biasanya siput babi ini memakan kulit batang yang masih lembut dan hijau.  Siput babi tidak memakan daun pokok tin kerana ianya tidak suka memakan daun-daun berbulu seperti daun pokok tin.  Serangan siput pada pokok tin biasanya tidak menyebabkan kematian kepada pokok tin.  Walau bagaimana kesan luka pada batang boleh menjadi serius dan menyebabkan kematian apabila dijangkiti kulat atau serangga perosak lain seperti ulat penggorek batang dan mealybugs.


Plant dressing digunakan untuk merawat 
kawasan yang luka akibat serangan siput babi

Kawasan yang luka ditimbus dengan media
setelah diberi rawatan plant dressings

Kaedah kawalan

Jika terkena serangan siput ini, kulit batang yang luka hendaklah dirawat dengan segera dengan menggunakan plant dressing yang boleh dibeli dikedai-kedai pembekal input pertanian.  Rawatan ini boleh menghindar kawasan yang luka dijangkiti dengan penyakit atau serangan perosak lain.  Sebaiknya kawasan luka ditimbus dengan menambah media tanaman pada bekas penanaman tersebut.

Kehadiran siput dikawasan tanaman boleh diperhatikan pada waktu malam. Perosak ini boleh dikutip dan dimusnahkan.  Raca yang paling berkesan bagi kawasan yang bermasalah dengan perosak ini ialah dengan menggunakan umpan beracun seperti Siputox.

Penghargaan

Terima kasih kepada M Yusuf Harun dan Redland-FigCarica Pokok Tin  yang telah berkongsi maklumat untuk penulisan ini.





Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter