14 Ogo 2015

Pengeluaran Buah Tin Dunia

Oleh Tuan   ~

Buah tin kering (Sumber Gambar)

Pokok tin (Ficus carica) ialah sejenis tanaman banyak musim dalam genus Ficus dan keluarga Moraceae.  Dalam bahasa Inggeris ianya lebih dikenali dengan pokok fig. Nama-nama lain bagi pokok tin ialah figue (Perancis), higo (Sepanyol), figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), fico (Itali) dan figu (Austria). Panggilan pokok tin adalah berasal dari nama Arab, at-tin. Kita tidak harus keliru dengan pokok ara yang banyak terdapat di Malaysia pada masa spesis-spesis tersebut ialah ara Mekah (F. auriculata) dan ara sungai (Ficus spp).

Pokok ini berasal dari negara Timur Tengah dan Asia Barat dan ditanam secara komersial dinegara-negara seperti Turkey, Mesir, Algeria, Morocco dan lain-lain. Selain dari negara-negara timur tengah dan Asia barat, pokok tin juga banyak diusakan secara komersial di Amerika Syarikat, Brazil, China dan Jepun. Tanaman ini kemudian merebak ke negara-negara beriklim temperate seperti Amerika, Brazil, Jepun, China, Perancis, Portugal, Itali, Austria, Sepanyol dan negara-negara Eropah lain. Tanaman ini ditanam dinegara-negara tersebut sama ada untuk buahnya atau sebagai pokok hiasan.

Pengeluaran dunia buah tin (2012)
Sumber : Wikipaedia

Pengeluaran dunia buah tin

Sepuluh pengeluar buah tin utama pada masa ini ialah seperti di jadual diatas. Turkey ialah negara pengeluar terbesar dengan pengeluaran melebihi 274,000 tan setahun dan diikuti dengan Mesir, Algeria dan Morocco.  Amerika Syarikat dan Brazil adalah antara negara bukan dari Timur Tengah / Asia Barat yang termasuk dalam 10 negara pengeluar tin utama.

Kebanyakkan pengeluaran dunia ialah terdiri dari jenis yang kering kerana jenis ini mudah dikendalikan terutama sekali untuk pasaran eksport.  Berbading dengan jenis kering, pengeluaran buah jenis makan segar adalah amat terhad kerana buah segar tidak boleh disimpan lama tanpa menjejaskan kualitinya.


Posting akan datang...... 

Penanaman & Pengeluaran Pokok Tin di Malaysia



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter