7 Feb 2015

Jenis Bahan Tanaman (Planting Materials) Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Baru-baru ini ada yang bertanya saya apakah beza antara keratan batang, anak dalam polybag, anak tut dan anak bareroot.  Info ini mungkin asas bagi mereka yang dah lama bersama pokok tin.  Walau bagaimanapun bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan pokok tin, info ini adalah sesuatu yang baru.  Bersama ini ialah info bergambar berkenaan jenis-jenis bahan tanaman tersebut.


Keratan batang
(Keratan dari pokok asal yang masih belum berakar
- ianya perlu disemai untuk penghasilan akar & tunas)



Anak benih dalam polybag
(Bagi mereka yang baru, pilihan anak dalam
polybag adalah terbaik dan sedia untuk ditanam di tempat kekal)


Anak tut bareroot (tanpa media tut)
(Anak tut yang dibuang media akarnya sebagai satu syarat untuk
membawa masuk bahan tanaman dari luar negara. Ini bertujuan
untuk mengawal kemungkinan perpindahan penyakit
dari luar negara ke negara ini)


Anak tut (bersama media)
(Anak tut bersama dengan media tut.  Anak jenis ini
mudah dikendalikan - terutama sekali jika urusan jualan
menerusi pos)



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter