2 Feb 2015

Ara Mekah Subur Di Baling (Utusan On Line 06/04/2013)

Oleh Tuan   ~


ROGAYAH Abdul Rahman memetik ara Mekah di Kampung Bendang Padang, Mukim Kupang, Baling, semalam.

BALING 5 April - Berbudi pada tanah sudah tentu mendapat hasilnya.
Itulah ungkapan sesuai kepada sepasang suami isteri dari Kampung Bendang Padang, Mukim Kupang di sini yang dapat menikmati keenakan buah ara Mekah hasil kerajinan menanam dan menjaga pokok itu di pinggir rumah mereka.
Pasangan Azizan Harun, 53, dan isterinya, Rogayah Abdul Rahman, 52, menanam pokok berkenaan sejak dua tahun lalu yang mula berbuah, sekali gus membolehkan mereka menikmati buah yang sering dijual di Mekah itu.
Menurut Rogayah, buah ara Mekah yang segar dan masak di pokok yang ditanam mereka itu menjadi rebutan serta tumpuan orang ramai untuk menikmati keenakannya.
"Saya tanam pokok ini sejak dua tahun lalu dan kami amat gembira kerana tanaman itu berbuah. Inilah rezeki daripada Allah kepada kami kerana pokok ini tumbuh dengan senang dan buahnya pula segar," katanya di sini hari ini.
Katanya, tanah di negara ini subur dan sesuai bercucuk tanam dan jika rajin mengusahakannya pasti mendapat hasil.
"Kami juga menanam pokok buah-buahan lain seperti durian yang juga berbuah lebat," katanya yang bangga kerana kerajinan mereka bercucuk tanam mendatangkan hasil.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20130406/wu_05/Ara-Mekah-subur-di-Baling#ixzz3Q3sR0UuK  /  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter