26 Feb 2015

Apa Pentingnya Memilih Anak Tut / Keratan Yang Dihasilkan Daripada Pokok Induk Yang Sudah Berbuah

Oleh Tuan   ~


Ini ialah satu pesanan dari Tn. Malik Yusof

Sesiapa yg ingin membeli anak benih sebolehnya elakkaan dari membeli anak tut atau keratan dari pokok yg belum berbuah untuk mengelakkan dari anak pokok yang ditanam lambat mengeluarkan hasil..

Persoalannya mengapa?  

Dalam kajian yang dijalankan terhadap pertumbuhan pokok tin, tahap kematangan pokok ialah antara faktor utama dalam penentuan sesuatu pokok itu berbuah atau tidak.  Faktor lain ialah varieti, amalan pembajaan, sistem penanaman dan pengairan.  Pokok buah dan begitu juga binatang perlu mencapai tahap kematangan tertentu sebelum ianya bersedia untuk menghasilkan keturunannya. Bagi pokok tin, jika ianya tidak mencapai tahap kematangan fisiologi yang tertentu, ia tidak akan mengeluarkan buah.  Tiada kaedah untuk mencepatkan kematangan selain menunggu dengan sabar dan akan berbuah apabila pokok berkenaan sampai pada tahap kematangan yang sesuai.

Sehubungan dengan itu, pembeli seharusnya pandai memilih bahan tanaman yang sesuai untuk dibeli bagi memastikan anak benih berkenaan dapat hidup dengan subur, tiada masalah jangkitan penyakit dan seterusnya cepat berbuah. Antara kriteria pemilihan ialah bahan tanaman tersebut diperoleh dari pokok induk yang sudah matang (dan telah menghasilkan buah).  Pokok induk yang matang akan menghasilkan anak tut atau keratan yang yang lilitan yang besar dan tekstur kulitnya agak kasar berbanding dengan batang muda.

Sebaiknya semasa  memilih bahan tanaman (sama ada anak tut atau anak keratan) untuk dibeli, ada baik sekiranya pembeli terlebih dahulu mengemukakan beberapa soalan kepada penjual. Antaranya adalah seperti berikut:

1.  Apakah varieti pokok ini (takut-takut terkena pokok yang memang tidak boleh menghasilkan buah).

2. Adakah pokok induk pernah berbuah?

3. Kalau ya, apakah bentuk, saiz, warna (kulit serta isi) dan lain-lain sifat yang berkaitan dengan buah.

Maklumat berkaitan

9 Tip Penting Semasa Membeli Anak Benih Pokok Tin

 



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter