2 Feb 2015

5 Kaedah Mengawal Penyakit FMV (Fig Mosaic Virus) Pada Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Simptom FMV pada daun pucuk

Simptom FMV pada daun matang

Pada masa ini saya difahamkan FMV (Fig Mosaic Virus) adalah bukan penyakit yang dikira serius bagi pengusaha pokok tin di Malaysia.  Ianya tidaklah merabak begitu meluas berbanding dengan penyakit lain seperti karat daun. Walau bagaimana pun saya berpendapat FMV boleh menjadi masalah satu masa nanti jika usaha pengecaman dan kawalan perabakan penyakit ini tidak dibuat dengan sempurna, terutama sekali jika usaha penamanan ingin dibuat pada skala komersial.

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan penyakit ini untuk makluman semua.  Maklumat ini saya kumpul dari pembacaan saya sendiri dan perkongsian sifu-sifu di grup-grup Facebook berkenaan pokok tin.

Apa itu FMV

FMV adalah sejenis penyakit pokok tin yang disebabkan sejenis virus RNA bebenang tunggal (single-stranded RNA) dan tergolong dalam genus Emaravirus and family Bunyaviridae.

Simpton berkaitan dengan FMV

FMV boleh menzahirkan pelbagai gejala (symptoms) bergantung kepada keterukan jangkitannya. Antaranya ialah klorosis pada daun, mozek (corak perubahan warna) dan pada peringkat yang lebih serius,  jalur-jalur yang berwarna coklat akan terbentut.  Ini menunjukkan sel epidermal atau sub-epidermal telah mati.  Virus ini juga boleh menyebabkan kegugurun buah.

Jika permerhatian teliti dibuat dengan teliti, simpton jangkitan FMV boleh dilihat pada peringkat anak benih lagi.  Pucuk keratan yang telah dijangkiti FMV biasanya adalah jelas berlainan.  Daun pucuk yang baru muncul didapati mempunyai tompok-tompok hijau gelap.  Urat-urat daun juga didapati tumbuh tidak normal.  Pucuk keratan yang dijangkiti juga didapati lambat membesar. Walau bagaimanapun dalam keadaan pertumbuhan yang baik simpton tersebut akan hilang apabila pokok telah matang.  

Kesan pada pertumbuhan pokok

Pada umumnya di Malaysia, serangan FMV pada peringkat awal tidak menjejaskan pertumbuhan pokok.  Walau bagaimanapun bagi pokok yang telah dijangkiti FMV bersama dengan FMaV (Fig Mosaic Associated Virus), kesan jangkitan akan terus nampak walaupun pokok telah besar.  Kesan jangkitan ini akan menjejaskan pertumbuhan tanaman terutama sekali dalam aspek proses pembentukan karbohidrat oleh tanaman menerusi proses fotosentisis.  Dalam keadaan serangan yang serius, pertumbuhan akan terbantut dan seterusnya memberi kesan terhadap kuantiti dan kualiti buah (mungkin bentuk yang abnormal dan tidak manis) yang dihasilkan. Serangan penyakit FMV tidak akan menyebabkan kematian pada pokok.

Kaedah kawalan

1.  Bagi saya, perkara pertama dan terpenting bagi kawalan perabakan FMV ialah dengan menjaga kebersihan tanaman dan kawasan sekeling.  Kawasan yang bersih akan mengurang masalah yang berkaitan dengan penyakit dan perosak.

2.  Kawalan serangga perosak yang sempurna.  Antara serangga yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan perebakan penyakit ini ialah fig mites (Aceria ficus). Sifat semula jadi mite ialah menghisap sap dari daun. Perpindahan serangga ini dari satu ke satu daun atau ke pokok lain boleh menyebabkan perabakan penyakit ini.

3.  Pengurusan simptom perosak dengan baik agar ianya tidak merebak ke daun atau pokok lain juga penting.  Antara perkara yang perlu diberi perhatian setiap peralatan seperti pisau atau scatier yang digunakan untuk membuag daun atau bahagian tanaman yang terjangkit hendaklah terlebih disterilkan (steralise) sebelum digunakan kembali pada tanaman yang lain.  Tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dan air bersih sebelum mengendalikan tanaman lain.

4.   Mendapat bekalan anak benih yang bebas dari serangan penyakit tersebut. Saya difahamkan bekalan anak benih dari negara (atau Pusat Jualan Bahan Tanaman) tertentu memang ada masalah dengan penyakit FMV ini.  Sehubungan dengan itu, sebaik pengusaha seharusnya mengelakkan membeli bahan tanaman dari sumber-sumber tersebut.

5.  Pokok tin yang terkena jangkitan FMV ini boleh dirawat dengan meningkatan kesburan tanaman dengan memberi baja organik seperti najis kambing serta baja penggalak pertumbuhan.  Sebelum itu, buang semua daun yang telah terkena jangkitan dan tinggalkan beberapa helai pucuk muda.  Amalkan tahap kebersihan yang maksimum seperti guna pisau disposable (sekali pakai macam razor blade tukang gunting).  Tangan dan semua peralatan yang digunkan hendaklah dibersih dengan sabun sebelum menggendalikan pokok lain.

Penghargaan

Saya ucapkan ribuan terimas kasih kepada Tn. Malik Yusof, Sean Liew dan Nenda Mysha yang telah berkongsi maklumat untuk penulisan ini.

1 ulasan:
Write comments
  1. Berapa lama masa untuk berbuah setelah ditanam cara tut

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter