7 Jan 2015

Simptom Kekurangan Nutrien Pada Tanaman

Oleh Tuan   ~

Ini adalah simptom-simptom umum kekurangan nutrien pada tanaman.  Gambar yang ditujukkan disini adalah di dalam keadaan ekstrem dimana sumber nutrien mengikut gambar adalah tidak diberi langsung.  Dalam kajian ini, pokok tomtato telah digunakan.  Pada umum simptom kekurangan zat nutrien antara tanaman tidak banyak berbeza.  

Nitrogen (N)

Warna daun menjadi hijau muda dan kemudian kuning (klorosis). Ada kalanya berserta warna kemerah-merahan. Biasanya bermula dengan daun tua. Daun menjadi kecil (terbantut), ia tidak akan mati kecuali mengalami kekurangan yang melampau.


Phosphorus (P)

Keseluruhan tumbuhan terbantut. Kurang cabang. Daun hijau akan menjadi lebih hijau atau kekal hijau. Sesetengah spesis akan berwarna ungu atau merah oleh kerana pertambahan berlebihan pigmen anthocyanin. Daun pramatang akan gugur.


Potassium (K)

Daun tua menunjukkan bintik-bintik nekrosis atau tepi daun melecur. Daun muda mungkin menunjukkan warna merah atau warna kekuningan antara urat daun.


Kalcium (Ca)

Tepi dan hujung daun bergulung ke atas kemudian mati. Bahagian pertumbuhan (growing point) mati apabila garis putih timbul pada pertumbuhan baru.


Magnesium

Klorosis akan menyebabkan warna kekuningan di tepi daun atau antara urat-urat daun pada daun-daun tua . Hujung atau tepi daun ada kalanya melengkung ke atas.


Manganese (Mn)

Klorosis antara urat daun pada daun pertengahan. Dalam kes yang teruk, bintik-bintik atau jalur-jalur nekrosis mungkin terbentuk.



Molybdenum (Mo)

Tepi daun tua akan menjadi kekuningan, kemudian kecoklatan dan akan menjadi seperti melecur.


 

Sulphur (S)

Keseluruhan daun menjadi pucat terutamanya pada daun termuda. Saiz daun menjadi kecil dan bergulung ke bawah.

 

Zinc (Zn)

Daun menjadi kecil dan berkerdut (rosett). Dalam kes yang kurang serius, daun menjadi klorosis.



Boron (B)

Pertumbuhan baru menjadi terbantut dan kecil. Bahagian pertumbuhan mati. Daun berbentuk tidak normal.




Chloride (Cl)

Klorosis diikuti dengan nekrosis pada daun berserta layu. Akar terbantut dan menebal pada hujungnya.


Copper (Cu)

Daun muda menunjukkan klorosis, bergulung dan akhirnya mati. Bunga tidak terbentuk dengan normal, tidak tersenyawa dan buah tidak terbentuk.


Iron (Fe)

Klorosis antara urat daun. Pada kes yang teruk, warna daun muda menjadi luntur diikuti dengan nekrosis.


Rujukan : http://5e.plantphys.net/article.php?ch=5&id=289

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter