3 Feb 2015

Resepi Halwa Buah Tin

Oleh Tuan   ~

Halwa buah tin (Gambar hiasan)


Pada posting kali ini saya ingin berkongsi resepi untuk membuat halwa buah tin muda.  Resepi asal telah dikongsi oleh Puan Sri Rossya Fikha

Bahan

1.  Buah tin muda (buah yang sudah matang, tapi isinya masih keras)
2.  Gula
3.  Air bersih
4.  Buah lemon
5.  Perisa - bunga cengkih atau / dan kulit kayu manis

Kaedah

1.  Potong tangkai buah muda dan belah dua (seperti dalam gambar diatas), cuci dan rendam seketika.
2.  Kemudian rebus dalam 15 minit. Buang airnya dan rebus lagi 15 minit. Buat sehingga 4 kali rebus. Sejat dan biarkan seketika.
3.  Masak air gula nisbah 1.1. Banyak air gula yang akan disediakan bergantung kepada banyak buah kerana buah tin perlu terendam dalam air gula.
4.  Kandungan gula boleh kurangkan.   gula tapi nanti halwa tak tahan dan berkulat.
5.  Bila gula cair masukkan perahan lemon agak-agak sahaja supaya gula tak berkristal.
6.  Kalau suka boleh masukkan bunga cengkih atau kayu manis untuk menambah perisa.
7.  Kemudian masukkan buah tin rebus dan renihkan sekitar 20 minit.
8.  Sejukkan dan letak dalam balang kaca. Simpan dalam peti sejuk.

Catatan

Sedap dimakan dingin.  Sesuai dimakan selepas seminggu. Sedap dimakan bersama ice cream.

Selamat mencuba



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter