30 Jan 2015

Racun Organik Untuk Kawalan Koya / Bena Puteh / Mealy Bugs (Planococcus citri)

Oleh Tuan   ~

Bena puteh / Mealy Bugs 
(Planococcus citri)

Bena puteh atau koya yang juga dikenali dengan mealy bugs (dalam Bahasa Inggeris) adalah antara musuh utama bagi tanaman berbatang lembut (herba).  Kehadiran aphid adalah lebih kerap berlaku pada tanaman yang mempunyai daun berbulu seperti dalam keluarga Solanaceae dan Cucurbitaceae.   Koya boleh juga menjadi serius bagi pokok tin jika tidak dikawal awal.  Serangan biasa berlaku pada pucuk muda. Pucuk yang terkena serangan akan menjadi keriput dan pembesaran yang tidak normal dan tergencat.  Pada pokok yang terkena serangan serangga ini, biasanya akan terdapat kelapuk hitam di beberapa bahagian daun.  Cecair manisan yang dihasilkan oleh serangga ini akan menyebabkan daun yang terkena manisan tersebut akan berkulat.

Perosak ini agak mudah dikawal jika tindakan dibuat pada peringkat awal serangan.  Selain daripada penggunaan racun kimia yang banyak terdapat dipasaran, perosak juga boleh dikawal dengan menggunakan racun organik. Disini saya ingin berkongsi kaedah penyediaan racun organik untuk mengawal perosak ini.

Bahan yang diperlukan

Jumlah bahan yang diperlukan adalah bergantung kepada jumlah larutan yang diperlukan berpandukan kepada jumlah pokok yang terkena serangan serangga ini.  Sebagai contoh disini, bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan 500 ml racun ini. 

Bahan yang diperlukan ialah: 
- 500 ml air bersih
- 3 biji cili padi yang matang
- 5 ulas bawang puteh
- 2 cubit soda bicarbonate
- 1 sudu kecil sabun cecair cuci pinggan

Kaedah penyediaan

Blender kesemua bahan diatas sampai hancur.   Bahan tadi kemudian ditapis untuk mengambil cecair adunannya. 

Cara penggunaan

Sembur pada serangga tersebut dengan rata, terutama sekali dibawah daun pucuk. Terbaik semburan dibuat pada waktu panas. Racun ini boleh disimpan dan ulang sembur dikawasan serangan jika perlu.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter