5 Jan 2015

Proses Penyesuaian (Hardening) Anak Semaian Pokok Tin

Oleh Tuan   ~






Anak benih yang baru berjaya dihasilkan sama ada dari biji benih, keratan tut atau keratan batang hendaklah sedikit demi sedikit disesuaikan dengan keadaan penanaman sebenar.  Proses ini dalam bahasa Inggeris biasa disebut "hardening" (proses menjadi lebih keras / kuat).  Proses ini penting untuk mengurang kesan kejutan penanaman (transplanting shock) apabila dipindah ke ladang nanti.

Proses yang sama juga di amalkan dalam pengeluaran bahan tanaman bagi pokok tin sama ada bagi anak tut atau anak semaian keratan ranting.

Bersama ini saya kongsi kaedah yang diamalkan oleh saudara Malik Yusof bagi proses hardening anak benih yang dihasilkan oleh beliau.  Langkah-langkah yang biasa diamalkan oleh beliau adalah seperti berikut:

1.  Proses hardening dibuat apabila pucuk muda / tunas (biasanya bewarna hijau muda) telah tumbuh melebihi 5 cm (2 inci).  Pada masa ini bekas penutup (seperti bekas kotak polystyrene) dibuka sekejap pada waktu malam sekadar 30 minit dan spray dengan air) dan ditutup balik.  Ulangi proses ini buat 2 hingga 3 malam.

2.  Selepas 2-3 malam, anak benih dibuka malam buat 1-2 jam, disembur air dan kemudian ditutup balik.  Ulangi proses ini buat 3-4 hari lagi.

3.  Anak benih boleh mula dipindah ke tempat teduh di nurseri apabila apabila daun muda / pucuk yang terbentuk telah bertukar menjadi hijau.  Pengurusan tanaman pada peringkat ini adalah agak kritikal.  Antara perkara yang perlu diperhatian adalah seperti berikut:

   a).  Pastikan anak benih tidak terdedah kepada matahari secara terus (direct sunlight)

   b).  Pastikan media tanaman hanya sekadar lembab sahaja sahaja (tidak kering atau bertakung air)

   c).  Sentiasa pantau jika ada kehadiran musuh perosak atau penyakit yang mana boleh menyebabkan masalah kepada pertumbuhan anak benih tersebut.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter