5 Jan 2015

Pokok Layu Selepas Pemindahan ke Polybag Yang Lebih Besar - Mengapa?

Oleh Tuan   ~

Saya sangat suka mengumpul isu yang berkaitan dengan pokok-pokok yang layu dan kematian ini kerana perbincangan dari sifu-sifu pokok tin sangat penting dan boleh menjadi panduan mereka yang baru dengan tanaman ini.  Disini saya paparkan satu kes berkenaan pokok yang layu pada tahap membimbangkan dan pandangan sifu-sifu pokok tin berkenaan status pokok tersebut.

Ini adalah pokok yang segar
bugar sebelum pemindahan


Keadaan 4-5 hari selepas pemindahan
(keseluruhan layu)

Laporan pemilik berkenaan dengan tanaman tersebut

Dilaporkan pokok ini pada asalnya didalam polybag kecil dan pemilik telah memidahkannya ke dalam polybag yang lebih besar.   Dalam 3 atau 4 hari sebelumnya (semasa dalam polibag kecil), ianya telah disiram dengan lebihan air Atonik hasil dari proses rawatan semula keratan.  Pemilik juga ada memaklumkan pokok ini telah dipangkas pucuknya (bersunat) sebelum pemindahan dibuat. Persoalannya mengapa pokok ini layu & adakah disebabkan curahan air tonik secara berlebihan.  Juga dilaporkan pokok ini sudah ada tanda-tanda nak layu sebelum pemindahan dibuat.

Pandangan sifu-sifu pokok tin

Beberapa sifu pokok tin telah sempat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh tuan Penjejak Alam.  Komen-komen yang diberi saya boleh rumuskan adalah seperti berikut:

1.  Pokok ini layu kerana ianya menghadapi masalah dengan akar.   Akar muda  (akar serabut / root hairs) tidak dapat mengambil mengambil air dari media tanaman yang digunakan.  Punca kerosakkan akar mungkin semasa pemindahan dari polybag kecil ke polybag yang lebih besar.  Kalau tidak dibuat dengan berhati-hati, bebola media pada akar boleh pecah dan ini boleh menyebabkan akar serabut akan terputus.  Akar serabut muda adalah sangat sensitif dan boleh putus hanya dengan sedikit pergerakan tanah.

2.  Ada yang menyatakan ianya mungkin disebabkan oleh proses pemangkasan yang dijalankan sebelum permindahan dibuat.  Proses pemangkasan pucuk akan menyebabkan saluran pemindahan air (xylem) di bahagian pucuk akan terdedah dan ini akan menyebabkan kadar kehilangan air yang terus menerusi pucuk yang terpotong tadi.  Tanpa pengambilan air yang cekap oleh akar, pokok akan menjadi layu.

Cadangan yang diberi

1.  Dicadangkan polybag ini diletak dikawasan teduh buat beberapa waktu untuk buat pemerhatian selanjutnya.  Ini bertujuan untuk mengurangkan kehilangan air menerusi transpirasi.  Jika tiada kersokkan yang teruk pada akar, pokok boleh tumbuh balik jika batangnya masih segar.   Jika ada kerosakkan pada akar, adalah dicadangkan keratan berkenaan diberi rawatan seperti biasa semacam menyemai keratan baru dengan menggunakan media yang bersesuaian dan dirawat dengan racun perosak dan penyakit.

2.  Buang daun-daun layu dan yang daun-daun tua dan yang sudah layu juga bagi mengurangkan proses kadar pengwapan air menerusi transpirasi.

3.  Program pemangkasan pucuk (bersunat) hendaklah dibuat apabilanya pokok telah stabil untuk mengelakkan stress yang melampau kepada anak benih tersebut.  Pemangkasan hendak dibuat apabila ianya telah stabil dalam media / bekasan tanaman yang kekal.

Dicadangkan pemilik buat pemantauan telilti berkenaan dengan anak pokok ini.  

Rujukan perbincangan di grup FB di link ini.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter