18 Jan 2015

Pengeringan Daun Tin Dengan Menggunakan Dehydrator

Oleh Tuan   ~

Sebelum ini saya ada buat satu posting berkenaan kaedah pengeringan daun tin untuk dijadikan green tea daun tin.  Bagi kaedah tersebut, pengeringan dibuat dengan menggunakan cahaya matahari. Pada posting ini saya kongsi pula kaedah mengering dengan menggunakan alat dehydrator seperti yang diamalkan oleh Tn. Jontih Enggihon


Pengeringan daun tin dengan
menggunakan dehydrator

Apakah dia dehydrator?

Dehydrator dirujuk kepada alat yang biasa digunakan untuk membuang air dalam makanan bagi meningkatkan keupayaan makanan tersebut agar boleh disimpan lebih lama.  Alat itu menggunakan suhu dan pergerakan udara untuk mengurangkan kandungan air dalam makanan berkenaan.

Kegunaan dan Kebaikan

Pada kebiasaanya kandungan air dalam produk makanan adalah tinggi, iaitu 50%-75% bergantung kepada jenis makanan.  Proses pengeringan ini akan mengurangkan aktiviti bakteria yang boleh menyebabkan kerosakkan pada makanan.  Pengurangan air juga akan mengurangkan berat makanan dan ini akan memudahkan pengendaliannya terutama sekali untuk tujuan pengangkutan. Berbanding dengan pengeringan dibawah pancaran matahari, pengeringan kaedah dehydrator dapat memastikan aroma hasilan kering adalah lebih baik.


Daun tin yang kering disimpan
dalam bekas kedap udara untuk menjamin
kesegaran semasa penyimpanan

Cara pengeringan daun tin

Kaedah pengeringan adalah berbeza mengikut jenis makanan dan kandungan air yang terdapat didalamnya serta tujuan pengeringan itu dibuat.  Bagi tujuan pengeringan daun pokok tin untuk dijadikan teh, amalan berikut boleh dikuti.
  1. Pilih daun hijau dari pokok yang segar, bebas dari simptom penyakit dan serangga peroasak
  2. Bersih segala kotoran dengan menggunakan air bersih
  3. Potong halus seperti yang diamalkan untuk membuat bunga rampai.  Urat daun utama (midrib) hendaklah terdahulu dibuang sebelum memotong. Saiz potongan ialah dalam lingkungan 0.5 hingga 1.0 cm lebar.
  4. Set suhu dehydrator ke suhu bawah 40oC.  Suhu yang tinggi melebihi 40oC dikhuatri boleh menjejaskan khasiat yang ada dalam tumbuhan tersebut.
  5. Keringkan sehingga daun tersebut mudah hancur apabila diramas.  Ditahap pengeringan sebegini jangka masa pengeringan ialah dalam linkungan 9 -10 jam bergantung kepada jumlah daun yang dikering setiap kali pengeringan.
  6. Daun yang telah dikeringkan hendaklah disimpan didalam bekas kaca yang kedap udara.

Bacaan tambahan

Teh daun tin hijau

1 ulasan:
Write comments
  1. Pak Cik, assalamualaikum, adakah yang jual dehidrator harganya berapa? Terimakasih.

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter