7 Jan 2015

Kaedah Pemindahan Anak Tut Ke Dalam Polybag

Oleh Tuan   ~

Akhir akhir ini kita dapati banyak sangat kes-kes kematian anak benih sama ada anak keratan batang atau anak tut setelah beberapa hari / minggu dipindah ke bekas tanaman yang lebih besar sama ada polybag atau pasu. Mengikut tuan Marzuki Safiee, kemungkinan besar adalah disebabkan oleh perbezaan sifat antara media tut dan media tanaman / semaian.   Perbezaan ini menyebabkan perbezaan kadar serapan dan pegangan air dan membentuk seolah-olah takungan air pada media tut tadi.  Terbentuknya takungan air ini mungkin disebabkan media tut seperti peatmoss menjadi mampat dan menjejas saliran dalam media tersebut.  Sehubungan dengan itu, media tut seharusnya dibuang dahulu sebelum dipindah ke dalam polybag atau pasu semaian / tanaman.   

Disini saya kongsikan kaedah pemindahan anak tut tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh tuan Marzuki Safiee 


Media tut dan media semaian dikeluarkan
dan direndam dalam air

Rendaman ini akan memudahkan
mengasingkan media dari kawasan
akar kerana ianya menjadi lembut
dan mudah terhurai
Anak tut yang akarnya telah 
dibersihkan

Media tanaman (campuran cocopeat 
& vermiculite) direndam 
dalam oligochitosan

Masukkan media separuh penuh
ke dalam polybag

Anak benih yang akarnya telah
dibersihkan direndam dalam
oligochitosan selama 10-30 minit

Anak benih dimasukkan
kedalam polybag


Masukkan media ke dalam
polybag sehingga penuh

Tekan secara sederhana (jangan
terlalu kuat) agar mapat


Anak benih yang telah siap
ditempat teduh untuk proses
pemulihan

Catatan :

1.   Pastikan semua aktiviti pengasingan media tut dan pemindahan anak benih ke polybag dibuat dengan berhati agar tiada kecederaan berlaku pada akar.

2.   Aktiviti pemindahan anak tut terbaik dilakukan pada sebelah petang bagi mengurang kesan kesan kejutan pemindahan (transplanting shock) akibat panas tengah hari yang berterusan sehingga petang.


Sumber : Posting di wall FB Tuan Marzuki Safiee

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter