3 Jan 2015

Demi Kasih Sayang Kepada Pokok Tin....

Oleh Tuan   ~

Banjir pada tahun 2014 adalah amat perit sekali bagi ramai penduduk pantai timur sekali negeri Kelantan, Terengganu dan juga beberapa tempat di Pahang. Banyak barangan berharga seperti ternakan, kenderaan, rumah dan harta benda lain turut termusnah... Walau apa pun, daya usaha harus dibuat agar barangan yang berharga disisi seseorang itu terus diselamatkan.

Air sudah sampai ke tahap bumbung

Pokok tin bersama-sama dengan tanaman
kegemaran lain diselamatkan

Usaha yang dibuat oleh Pn. Zainun Hassan seharusnya di contohi demi memastikan pokok-pokok tin kesayangan beliau diselamatkan dengan membina rakit.  Khusus bagi pokok tin, khemah pelindung hujan dipasang agar pokok tin kesayangan beliau tidak di timpa air yang berlebihan.

Ini mengambarkan beliau telah membuat persediaan yang begitu rapi demi pokok tin yang disayangi beliau seperti kata perpatah "Sediakan payung / khemah sebelum hujan & Sediakan rakit sebelum air bah".

Adalah diharap pokok-pokok tin beliau terus hidup subur selepas mengharungi musim banjir pada tahun 2014 dengan jayanya...


TIGA MINGGU KEMUDIAN.... semuanya selamat

 Air sedang surut..

Alhamdulillah pokok tin selamat..

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter