16 Jan 2015

Minuman Kefir Air (Water Kefir Drink) Untuk Pokok Tin

Oleh Tuan   ~


Water Kefir Grain

Minuman Water Kefir

Beberapa hari lepas Pn. Alya Alyana telah membuat satu posting di grup FB Pokk Tin (Fig Plant) Malaysia berkenaan pertumbuhan Archipel beliau sangat subur sekali dengan penggunaan cecair Kefir.  Posting menyebabkan banyak ahli grup itu bertanya cara untuk membuatnya.  Bersama ini catatkan apa yang Pn. Alya Alyana kongsi untuk panduan semua.

Ini ialah cerita Pn. Alya Alyana..

Minuman Kefir Air (Water kefir drink) dikultur dengan menggunakan Water Kefir Grains (WKG).  Ini boleh kira macam ibu lah. Kefir,  yang disebut keh’-feer, juga dikenali sebagai “Grains of the Prophet Mohammed”, “Drink of the Prophet”...di katakan ada dalam riwayat Al Bukhari yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW ada mengamalkan minuman probiotik ni.

Kultur air probiotik ini memang banyak khasiat untuk manusia (sebab itu ianya diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW).  Tapi tahukah anda bahawa ianya bukan sahaja baik sebagai minuman untuk manusia. Tapi ianya juga baik untuk haiwan dan juga tumbuhan, termasuk pokok tin.  Ini kerana larutan Kefir ini kaya dengan micro-organisms baik, nutrien makro dan mikro, vitamins yang diperlukan vitamin B, vitamin K, folic acid, potassium, magnesium, phosphorus dan lain-lain.

Pendek kata saya buat untuk minum sendiri tapi bila tidak habis saya akan siram ke pokok tin saya dengan dengan sedikit pencarian.  Konsepnya sama dengan semacam kita siram Lacto basillus ke pokok - untuk menyeburkan tanah.

Cara buat....konsep fermentasi, biasa sahaja seperti yang digunakan untuk buat MOL - nak ada Lacto basilus & kena ferment cara similar macam buat MOL.


Bahan:

  1. WKG (Water Kefir Grains) - 2 sudu besar
  2. Gula perang 3-4 sudu besar
  3. Air mineral 1.5 L


Kaedah membuat

  1. Peram WKG dengan gula selama 24 jam. 
  2. Tuai WKG simpan dalam air mineral sikit dan bagi lah gula 1 sudu (gula ni makanan dia dan kalau tidak bagi makan ianya boleh mati. 
  3. Simpan dalam peti. 
  4. Air yang sudah terhasil hasilan dari tapisan itu sudah boleh diminum. 
  5. Minuman berperisa buah boleh dihasilakan dengan menambah potongan buah dan peram lagi selama 12-16 jam.  Maka jadilah soda pop yang penuh dengan micro floras (mikrob).  Hasilan ini adalah lebih baik produk komersial seperti Viatgen atau Yakult.


Catatan

  1. Air ini adalah bergas (hasil daripada proses penapaian)
  2. Proses penapaian hendaklah tidak melebihi 30 jam.  Kalau tidak alkohol yang terbentuk akan melebihi 1% (Fatwa JAKIM sehingga 1% sahaja)


Bacaan Tambahan

How to Brew Water Kefir (a quick tutorial)


Sesiapa yang inginkan maklumat lanjut, boleh hubungi Pn. Alya Alyana



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter